37 parte Ongoing Khalish Al-Hakeem X Alia Arsyakayla
*enemiestolovers
💐 Alia Arsyakayla, seorang wartawan, dihimpit tekanan dari segala arah dipaksa berkahwin oleh ibunya, dihina secara terbuka di hadapan orang ramai, dibuang kerja kerana satu video viral yang memalukan, dan... dikhianati oleh orang yang paling dia percaya.
🍀 Khalish Al-Hakeem, pegawai elit berdarah sejuk yang menyimpan bara kecewa hatinya disiat oleh kecurangan kekasihnya sendiri. Bila kebenaran muncul, bahawa kekasihnya berselindung dengan lelaki lain... dia buat keputusan paling drastik.
Berkahwin dengan Alia. Demi menutup rasa yang tinggal terhadap kekasihnya.
:- Tapi tiada siapa tahu, kekasih lama Khalish itu... adalah kawan baik Alia sendiri.
"𝐀𝐤𝐮 𝐛𝐮𝐤𝐚𝐧 𝐧𝐚𝐤 𝐣𝐚𝐝𝐢 𝐩𝐞𝐧𝐲𝐞𝐥𝐚𝐦𝐚𝐭 𝐤𝐚𝐮. 𝐀𝐤𝐮 𝐧𝐚𝐤 𝐥𝐮𝐩𝐚𝐤𝐚𝐧 𝐝𝐢𝐚."
Bila perkahwinan itu terjadi, bukan sekadar dua hati yang terikat. Tapi juga retaknya persahabatan, hancurnya kepercayaan.
Alia mula menyalahkan Khalish. Sangkanya Khalish membawanya keluar dari segala masalah. Dan sekarang... hilang kawan baiknya sendiri.
✨Tapi dalam diam... dia mula jatuh cinta.
Tapi dalam diam... Khalish juga rasa bersalah.
Dan dalam diam... luka mereka saling memahami.
✨ Mampukah dua insan yang disatukan tanpa cinta, membina kepercayaan dalam bayang pengkhianatan?
✨ Atau akhirnya, mereka hanya saling menghancurkan?