IZINKAN AKU BAHAGIA

IZINKAN AKU BAHAGIA

  • WpView
    LECTURAS 163
  • WpVote
    Votos 5
  • WpPart
    Partes 21
WpMetadataReadContinúa
WpMetadataNoticeÚltima publicación sáb, ene 6, 2024
Dania Umairah, wanita yang berusia 32 tahun dan pernah melayari bahtera perkahwinan selama 10 tahun namun takdir telah merubah segalanya. Lelaki yang dianggap sebagai pelindung dan penawar bertukar menjadi senjata dan racun yang mampu membunuh rasa cinta dan sayang sehingga membuatkan Umairah memilih untuk menutup pintu hatinya untuk mana-mana lelaki. Mungkin ini juga adalah kifarah buat dirinya atas segala kesalahan dan dosa yang pernah dia lakukan di masa lalu. Namun, dia redha dengan ketentuan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT. Kini, dia mulakan hidup yang baru bersama ibu bapanya di kampung bagi menebus segala kesilapan yang pernah dia lakukan kepada mereka. Umar Farouq, lelaki yang hampir menjadi tunangnya 10 tahun yang lalu kini menjadi seorang ustaz. Dia sebenarnya sudah lama menyimpan perasaan terhadap Umairah dari zaman persekolahan lagi tetapi Umairah tidak pernah mengetahuinya. Tindakan Umairah yang melarikan diri semasa majlis pertunangan akan berlangsung telah membuatkan dirinya serta keluarganya menanggung malu namun dia tidak pernah menyimpan perasaan dendam terhadap Umairah kerana dia tahu bahawa jodohnya dengan Umairah belum sampai masanya lagi. Farhan Rizqi, lelaki yang berasal dari Indonesia pada mulanya menganggap Umairah sebagai kakaknya sendiri namun secara tidak sengaja dia juga turut menaruh perasaan kepada Umairah walaupun dia tahu bahawa Umairah merupakan bekas tunang sepupunya 10 tahun yang lalu. Adakah kisah percintaan tiga segi antara Umairah, Umar dan Farhan ini akan berakhir dengan bahagia seperti dalam novel-novel cinta? Hanya Allah yang mampu menentukannya.
Todos los derechos reservados
Únete a la comunidad narrativa más grandeObtén recomendaciones personalizadas de historias, guarda tus favoritas en tu biblioteca, y comenta y vota para hacer crecer tu comunidad.
Illustration

Quizás también te guste

  • SELEMBUT HATI FARHAH UMAIRAH
  • Kau Untukku Selamanya
  • Jagalah Hatinya
  • Isteri Ekspres Tengku Raiz
  • Permata Yang Dinanti
  • CINDERELLA'S STEPBROTHER
  • Isteriku Si Queen Selfie ✔
  • LAYAKKAH AKU
  • JUBAH HITAM RAMA-RAMA NILAKANDI | EBOOK

[KARYA KEDUA BY YUYUAIRA] ~~~ FARHAH UMAIRAH Kehidupannya sangat disenangi oleh semua orang. Mempunyai ibu bapa yang sangat penyayang dan seorang kakak yang rapaat dengannya. Seorang yang sangat cantik, lemah lembut, dan periang. Namun, segalanya telah berubah hanya kerana satu malam. Malam yang mengubah kehidupannya. Kerana malam itu, dia dibuang keluarga. Kerana malam itu, dia dibenci oleh kedua orang tuanya. Malam itu terjadi kerana hasad dengki seseorang tanpa dia sedar. Dia diperangkap. Tapi takde siapa percaya. Kejadian itu mendekatkan lagi dirinya dengan Ilahi. Dia hanya berserah. Kerana dia tak dapat berbuat apa-apa. Segala usahanya tak menjadi. Dia hanya mampu berserah dan berdoa. Dia membawa diri jauh dari keluarganya. RAYYAN IZZARIL Seorang lelaki yang suka memainkan hati perempuan. Pantang dicabar dan diperlekehkan. Pertemuannya dengan Farhah Umairah mengubah segalanya. Dia telah melakukan kesalahan yang sangat besar. Dia telah musnahkan kehidupan gadis itu yang tak sepatutnya dibuang keluarga. Sungguh dia berasa kesal. Tambahan lagi dia langsung tak dengar khabar berita tentang gadis itu. Perkenalan itu juga membuat dia berubah. Dia semakin mendekatkan diri dengan Ilahi. Dia berubah menjadi lelaki yang bersikap dingin dengan wanita. ~~~ "Percayalah. Farhah tak buat semua tu. Semua tu hanya fitnah. Rayyan. Bagitahu semua yang ini bohong,"-FARHAH UMAIRAH "Kau nak aku cakap semua ni bohong sedangkan kita dah buat semuanya. Terus terang jela yang kita memang buat benda tu,"-RAYYAN IZZARIL "Maafkan saya tapi saya tak selesa berduaan dengan encik Rayyan,"- FARHAH UMAIRAH "Abang mintak maaf. Abang tahu abang salah. Bagi abang peluang. Please,"-RAYYAN IZZARIL ~~~

Más detalles
WpActionLinkPautas de Contenido