🄰🅁🄸🅂🄷🄰 🄰🄽🄳 🄰🄻🄼🄰🄸🅁 Dendam, Kerana dendam semua ini berlaku dan aku? Aku adalah mangsa untuk semua ini. Arra Arisha Chandani, bukan dipinta untuk mencintai tapi silap dirinya mencintai orang yang salah. Disangka permata, malah kaca yang diperolehnya. "Untuk sentuh kau pun aku jijik, apatah lagi untuk mencintai?" Tengku Almair Arrazi, sombong dan angkuhnya tak lari dalam dirinya. Mulanya ia hanya lakonan, namun mengapa hatinya terasa lain? "Ingat baik-baik, kau dan aku takkan pernah selamanya menjadi isteri suami yang sebenar. Faham?" "Jangan angkuh, awak bukan tuhan. Sekelip mata perkara yang awak tak nak boleh berlaku!" Masin sekali, Tup! Akhirnya dia yang tersungkur kerana cinta. Ego dan sikap angkuhnya hilang semuanya kerana perempuan itu. "Adakah kemaafan aku masih tak mampu hapus dosa aku dulu?" Kerana kehilangan, manusia mengerti apa itu menghargai. Begitulah terjadinya pada hero.