" Kau dengan penyakit kebudak - budakan itu boleh pergi mampus! Tak ingin aku bercinta dengan budak tiga tahun yang pakai pampers! " Ranap hatinya, hancur jiwanya. Kali pertama dan kali terakhir dia menyukai seorang gadis adalah pada saat itu. Kata - kata itu lebih tajam daripada bilah mata pedang. Apa salahnya? Begitu kejam membuang dirinya hanya kerana sifatnya yang satu itu? Dipulaukan. Dihina. Dicaci. Dibuli. Itulah kehidupan yang terpaksa dijalaninya selama bertahun - tahun. Saat dunia terbalik. Apabila segalanya menjadi miliknya, dia datang kembali. Kembali demi sebuah ...' cinta ' ? " Noah sayang.. awak ingat tak lagi saya? Alaaa.. dulu kan awak pernah suka saya.. takkan tak ingat saya? Saya ini, Puteri Qaseh. " Gadis itu tersenyum - senyum memandang Noah atas bawah. Dah macam putera dia tengok. Perfect! " Ingat. Kau perempuan yang hina aku sepuluh tahun lepas. Kenapa? Datang nak hina aku lagi ke? Tak puas kau sebar aib aku? Hum? " Noah tersenyum sinis tatkala wajah gadis itu berubah. " Saya minta maaf.. Noah. But saya betul - betul cintakan aw- " " Stop! " Jerkah Noah. Lantas bahu gadis itu ditolak kuat sampai terjatuh gadis itu dibuatnya. Membulat mata Qaseh kerana tidak menyangka bahawa Noah sanggup melakukan dirinya sedemikian. Wajah Noah garang. Air mukanya terpancar seribu satu kebencian yang takkan mampu diungkapkan dengan kata - kata. Sut hitam yang dipakai turut menambahkan aura berbahaya daripada lelaki itu. Tanpa sedar air mata Qaseh berlinang ke pipi. " Kau hina aku dan kau minta cinta aku?! Hei perempuan sebab kau aku jadi macam ini tahu tak?! Dan sebab kau aku dah tak percayakan perempuan apatah lagi dengan cinta plastik daripada mulut jahanam kau itu!! Berambus sebelum aku pula yang jahanamkan hidup kau! " " Noah.. " Air mata Qaseh tumpah apabila lelaki itu melangkah pergi dari situ. Maafkan aku, Noah.. Fizzryan DILARANG CIPLAKAll Rights Reserved