CIÙINEAS
  • مقروء 6,786
  • صوت 723
  • أجزاء 52
  • مقروء 6,786
  • صوت 723
  • أجزاء 52
إكمال، تم نشرها في مايو ٢٣, ٢٠٢٢
Dia tidak mahu apa-apa dalam kehidupannya. 
Tak mahu kekayaan melampau, tak mahu hidup serba mewah, tak mahu mengejar cita-cita yang besar seperti orang lain, tidak. 
Cukuplah rumah sewa kecil, motosikal dan kerja tetap yang dapat menampung sara hidupnya. 
Dia mahu hidup yang aman dan tenang. 

Itu impian Dayan Khair sejak dia kecil sehingga kini. Kehidupan normal dan biasa. 

Tetapi ia tidak semudah yang Dayan sangka. Kemunculan seorang demi seorang manusia 'luar biasa' benar-benar mengganggu hidup Dayan.

"Tuan, tolong jangan ganggu hidup saya." 

Mula-mula Ejen Han, atau Raihan. Selepas itu, adik beradiknya pula?

"Terima kasih dah buat saya sedar kelayakan saya di sini, doktor."

"Fine. Ini kali terakhir. Aku tak nak jumpa kau lagi, Nur."

Bagi Dayan, dia hanya lelaki biasa. Tetapi bagi mereka... Dayan luar biasa. Dalam kecohnya Dayan mencari ketenangan, akhirnya...

Dia terjebak dalam mimpi ngeri yang tak pernah dia bayangkan. Dia? Menangkap kumpulan jenayah besar, HACKER? Mana mungkin! 

"Tuan dah libatkan saya dalam misi tuan, jadi nak atau tidak, saya terpaksa bantu tuan sampai selesai barulah hidup saya tenang!" 

Dia tak pernah terfikir itu perkara yang mudah, tetapi dia tidak sangka, ianya bakal mendera dirinya.

"Kenapa awak tak selamatkan dia dulu, Dayan?! Dia lebih penting daripada saya!"

Dia rasa mahu menghilang. Tetapi, dia terikat dengan janji. Kusut, serabut. 

Tetapi dia faham yang dia tidak bersendirian, maka dia teruskan jua apa yang dia sudah mulakan.

"Aku tak kisah sebenarnya siapa diri aku, siapa keluarga aku. Biarlah. Sebab aku dah faham, apa aku perlu buat dalam hidup aku."

Bagaimana pengakhiran hidup Dayan? Tenang? Atau... sebaliknya?

"Dunia cuma perhiasan. Jangan mencari ketenangan abadi di sini, di sini awak diuji, jadi tiada definisi tenang sentiasa dalam hidup awak."
جميع الحقوق محفوظة
الفهرس
قم بالتسجيل كي تُضيف CIÙINEAS إلى مكتبتك وتتلقى التحديثات
أو
#112hacker
إرشادات المحتوى
قد تعجبك أيضاً
OPERASI RAHSIA: BLACK CODE بقلم Mawarsuri
44 جزء undefined أجزاء إكمال
Intan Dahlia merupakan seorang doktor pembedahan yang dengan sukarela menjadi dokter sukarelawan disalah satu kem PASKAL. keputusan Intan, merasakan ia terlalu lama dan berisiko. Hubungan yang dibina bertahun akhirnya terlerai, meninggalkan luka yang dalam dalam hati Intan. Segala penantian dan harapan selama ini ternyata hanya sia-sia. Di kem PASKAL, Intan tidak menjangka akan berdepan dengan cabaran bukan sahaja dari segi profesion, tetapi juga dari segi perasaan. Di situ, dia bertemu dengan Leftenan Dayyan Mikael - seorang pegawai muda yang berkarisma, disiplin, dan juga sahabat baik kepada abang Intan yang juga merupakan Leftenan. Pada mulanya, hubungan mereka hanya terbatas kepada urusan kerja, namun perlahan-lahan, Dayyan mula terpikat dengan keteguhan, sifat garang dan perihatin Intan. Intan yang masih bergelut dengan luka lama tidak mudah membuka hatinya. Namun kehadiran Dayyan yang sentiasa memberi sokongan dan tidak pernah mendesak, membuatkan Intan mula meragui hatinya sendiri. Adakah ini peluang kedua yang Allah berikan untuknya mencintai dan dicintai? Atau adakah dia masih terperangkap dalam bayang-bayang masa silam? "Operasi Rahsia: BLACK CODE" adalah kisah tentang kecekalan hati seorang wanita, keberanian dalam memilih jalan hidup, dan keindahan takdir yang sering hadir di saat tidak diduga dan juga menunjukkan semangat setia kepada negara serta kekuatan persahabatan. (Dihasilkan pada 2024 dan di post pada 2025)
[C] CINTA YANG TIDAK TERGAPAI بقلم nurailirmela
12 جزء undefined أجزاء إكمال
Ezzaq Qayyum, Fayyad Hazim serta Alayya Dafeena merupakan sahabat baik di pusat jagaan anak yatim. Hubungan persahabatan yang terjalin sejak kecil membawa ketiga mereka layari kehidupan dewasa bersama, berjaya raih pekerjaan yang hebat pada mata masyarakat. "Sejujurnya, Fayyad dah lama sukakan Alayya" - Fayyad Hazim. Luahan hati Fayyad membawa Alayya pada awan-awangan. Tidak sangka...rupanya Alayya tidak bertepuk sebelah tangan. Hubungan kedua mereka semakin akrab, membiarkan Ezzaq sendirian bersama kesibukannya sebagai pegawai unit beruniform. Tarikh perkahwinan Fayyad serta Alayya semakin hampir. Berbaki 2 bulan sebelum majlis penuh indah itu, Alayya dikejutkan dengan kebocoran rahsia Fayyad. "Begitu mudah kau tikam belakang kawan kau, Ezzaq!" - Alayya Dafeena. "Aku yang tikam belakang Fayyad? Sedangkan Fayyad yang mulakan semua permainan ini. Aku! Aku lah mangsa sebenar!" - Ezzaq Qayyum. Permintaan terakhir Fayyad terpaksa dikabulkan oleh Alayya atas dasar cinta. Majlis pernikahan tetap berlangsung. Namun, Alayya dinikahkan bersama Ezzaq dan bukannya Fayyad Hazim. Rumahtangga yang di bina tidaklah seperti yang Ezzaq inginkan. Namun, jejaka ini tetap berusaha untuk beri yang terbaik buat wanitanya. Berbulan hubungan itu berlanjutan, tidak pernah sekalipun, Alayya cuba untuk terima Ezzaq sebagai suami. "Pegawai Khas Ezzaq Qayyum bin Ahmad Mifzal hilang sewaktu jalankan tugas menyelamatkan tahanan Malaysia" Hati Alayya rapuh. Saat itu, baru Alayya sedar akan silapnya pada sang suami. Doa tidak pernah putus dipanjatkan buat Ezzaq di sana. Persoalannya, adakah Alayya layak terima peluang kedua? Rahsia apa yang di simpan oleh Fayyad Hazim? Dan kemana...Fayyad menghilang?
SITI ROSHAYU : The Psycho Wife [✔︎] بقلم queenyikah_
40 جزء undefined أجزاء إكمال
𝑲𝑨𝑹𝒀𝑨 𝑲𝑬𝑳𝑨𝑷𝑨𝑵 𝟐𝟎𝟐𝟒. Perempuan bergelar isteri mana je tak cemburu bila tengok suami di kejar-kejar dengan perempuan lain? Bukan perempuan aje cemburu. Haiwan pun dia cemburu sekali. Perangai psiko siapa lagi kalau bukan bernama SITI ROSHAYU atau lebih di kenali sebagai AYU. "Ayu buat apa ni, sayang? Kenapa cekik burung merpati abang?" - HAYDEN HAFIZI "Haih! Kan Ayu dah cakap dekat abang? Ayu tak suka kalau abang bela apa jenis haiwan dalam kawasan rumah kita. Ayu juga bagitahu abang yang Ayu dan abang je dalam rumah ni. Just you and me." - SITI ROSHAYU Bukan itu saja, jika suaminya langgar peraturan sebagai contoh berkomunikasi dengan perempuan lain tanpa hal penting atau tanpa sebab tertentu, maka dia akan memberi pengajaran buat suaminya atau lebih jelas HUKUMAN. Dan mandul? Perkataan mandul adalah perkataan paling sensitif bagi AYU. Tak kira muda, tak kira tua. Berani lepaskan kata MANDUL, maka bawah tanahlah tempat tinggalnya. Namun, di sebalik semua itu ada kisah hitamnya tersediri. Apakah kisah hitam tersebut yang menjadikan AYU seorang paling sensitif bila suami di ganggu serta melepaskan perkataan MANDUL kepadanya? --------------------------- ⚠️REKAAN SEMATA-MATA. TIADA KENA MENGENA YANG HIDUP DAN YANG MATI. ⚠️NAK KATA MATANG TU TAK LA KOT. SEMUA BOLEH BACA TAPI JANGAN SAMPAI BAWA DUNIA LUAR. ⚠️KENALI SAYA, CEO OF TYPO DAN KESALAHAN BANYAK TATABAHASA. MOHON KOMEN AJE YANG MANA SALAH. ⚠️KALAU TAK KENA DENGAN CITARASA STOP BACA DAN PERGI BACA BOOK LAIN. KALAU SEMUA TAK KENA JUGA, LANTAK ENGKO LAH. •asyik laki je psiko, perempuan pun ada psikonya juga.