Perkataan 'madu', mungkin bunyinya agak gerun untuk didengar. Bahkan ia umpama momok bagi seorang wanita yang bergelar isteri. Tiada wanita di dunia ini yang rela digelar dengan sebutan itu, kecuali seorang wanita bernama Mastura. Sanggup merayu belas ehsan dari Sara Liyana kenalanannya, agar mahu berkahwin dengan suaminya sendiri. Apa kena dengan Mas ni? Demi memenuhi keinginan isterinya yang dijangka sudah tidak mempunyai hayat yang lama, Shah Rizwan dengan terpaksa mangahwini Sara Liyana, walau dia tahu dia tidak akan mampu menerima wanita itu sebagai isterinya. "Abang minta maaf, Mas. Boleh tak kita solat berdua aje? Abang tak boleh nak imamkan bila ada perempuan kotor ni menjadi makmum sekali." Sebegitu keji Shah Rizwan menggelar isteri keduanya lantaran masa lalu kelam yang pernah dialami oleh wanita itu. Bagaimana Sara Liyana hendak bertahan dengan perlakuan tersebut? "Maafkan Liya, Kak Mas. Liya cuma dapat menjadi sahabat yang baik, tapi bukan madu untuk Kak Mas lagi. Liya menyerah kalah. Liya sudah penat, Kak Mas." Mampukah Mastura memujuk agar Sara Liyana terus berjuang untuk merebut hati Shah Rizwan? Dia mahu kemanisan madu itu terus dia kecapi sampai bila-bila.
33 parts