"KAU KENAPA?" soal Hadi. "Kenapa apa?" balas Adam sedikit tinggi dan terus duduk di tempatnya yang bersebelahan dengan Hadi. Kelas yang pada mulanya bising menjadi sunyi sepi apabila melihat wajah mencuka Adam dan Medina yang baru sahaja melangkah masuk ke dalam kelas. "Marah aku pulak. Aku soal baik- baik. Kenapa kau lewat masuk kelas? Dah satu jam lebih waktu rehat habis," balas Hadi. Dia faham benar dengan sikap Adam yang mula dikenalinya awal tahun ini. Hampir satu tahun dia dan Adam berkawan rapat. "Mana cikgu?" soal Adam. "Cikgu Zainal cuti hari ini. Kenapa?" "Bagus. Jom kita keluar. Panas aku duduk lama-lama dalam kelas ni," ucap Adam. Dia sedar hampir semua mata di dalam kelas memandang dia dan Medina. Medina pula nampak selamba berbual seoleh-oleh tiada apa yang berlaku tadi. "Jom." Hadi akur.