Hanya Asbab Dia ( E-BOOK )

Hanya Asbab Dia ( E-BOOK )

  • WpView
    Reads 41
  • WpVote
    Votes 0
  • WpPart
    Parts 8
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Fri, Jun 10, 2022
WpInfo
Fiction
Romance
Hanya asbab seorang bayi yang ditemui di tepi jalan, Nadzirah nekad menyelamatkan insan tidak berdosa itu daripada apa-apa jenis ancaman bahaya. Akan tetapi, pertemuan itu mesti disembunyikan daripada pengetahuan sesiapa termasuklah Nek Ibu, pemilik rumah anak yatim yang Nadzirah diami. Misinya untuk memastikan bayi itu selamat diserahkan kepada pihak yang layak lagi berkuasa. Suatu malam yang hening, kehadiran gadis itu sambil mengendong bayi di depan pintu sekolah tahfiz mengukir kerutan buat si Mudir. Setiap butir rayuan dan permintaan cuba dihadam dan difikir berkali-kali. Kata putus telah dilontarkan. Nadzirah... bersama bayi yang dibawa dibenarkan untuk mendiami tahfiz itu buat sementara. Hadir sebagai tetamu halal yang tidak diundang, kedatangan Nadzirah cuba dirahsiakan daripada pengetahuan pelajar-pelajar tahfiz. Namun, tiba-tiba dirinya dituduh sebagai dalang kecurian yang berlaku. Sampaikan Choko-choko pun kena curi! Ia membuatkan Nadzirah terpaksa berbumbungkan bangunan itu sekali lagi. Mampukah Nadzirah bertahan di sana untuk menjayakan misinya? Atau... rahsia yang disimpan akhirnya terbongkar jua di akhir cerita?
All Rights Reserved
#1
tahfiz
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Tiket Ke Syurga 3: Cinta & Dendam
  • Isteriku Bisu
  • TAKDIR (c)
  • #1 Masih Mahu Berahsia?|✔|
  • Dibalik Jendela Takdir [BAKAL TERBIT]
  • Tersimpuh Dalam Kelam, Melangkah Untuk Mereka
  • ALWAYS: Always Be There For You
  • Thaqeef Wadid : His Heart | C

Belum sempat Haizal keluar dari tandas tersebut, tiba-tiba hidungnya dapat menangkap satu bau yang tersangatlah busuk dan aneh. Bau yang terus mematikan bau-bau hancing yang dia bau sedari awal tadi. Hampir termuntah Haizal dibuatnya. "Bau apakah?" Bisik hati kecil Haizal. Setelah Haizal membuka pintu tandasnya untuk keluar, tiba-tiba... "A...bang...sayalah...orang sebelah...sebelah ada...sebelah...hilang...ha...ha..." Hampir pitam Haizal dibuatnya apabila melihat makhluk di hadapannya itu. Astaghfirullah...apakah benda depan aku ni? *** Haizal menjelaskan secara terperinci hubungan mereka yang tidak diredhai Allah. Meskipun begitu, ianya sangat sukar untuk diterima masuk ke dalam kepala Saffiyah. "Baiklah Shafee Haizal. Kau ingat satu je, sampai mati hidup kau takkan tenang!" Ugut Saffiyah kemudiannya mencampakkan telefonnya ke dinding bilik asramanya. Kerana cinta zina, hidup seseorang manusia itu bakal hancur. Hancur dibunuh benih dengki, mati dipijak kaki dendam. "Tak kiralah sejauh mana terpisah. Tak kiralah selama mana tidak berjumpa. Andai ianya jodoh yang ditetapkan, hanya mati dapat memisahkan." - Shafee Haizal. *** Bagaimanakah Shafee Haizal mampu mengatasi rasa cintanya terhadap seorang wanita yang belum halal buatnya? Bagaimana pula dengan makhluk ghaib yang dihantar oleh seseorang untuk menghuru-harakan hidupnya. Sungguh, hidup ini tiada jalan mudah. Bebas kau daripada satu ujian, maka tersedia lagi ujian. Kau takkan pernah bebas. Kau tahu kenapa? Kerna Syaitan takkan pernah berputus asa mengajak kita ke Neraka. Disimpan dendamnya. Yang boleh melunaskan dendamnya terhadap Haizal, cuma satu. Kematian Haizal!

More details
WpActionLinkContent Guidelines