Surat Cinta Untuk Kekasih
11 partes Continúa Arysa, gadis polos yang sentiasa mempunyai banyak akal untuk mengusik majikannya, Arfan Firdaus.
Arysa Mikayla, gadis yang berusia 25 tahun, mempunyai kelulusan di dalam Sarjana Muda Akauntan, dan tidak mempunyai sebarang pekerjaan telah mengambil keputusan untuk mencuba menjadi seorang pengasuh. Perwatakan yang ceria, suka mengusik telah menjadi sebahagian dari hidupnya sehingga dia sahaja yang berani untuk mengusik encik majikan.
Arfan Firdaus, lelaki yang berusia 29 tahun, seorang Duda dan juga mempunyai seorang anak perempuan, yang dinamakan Bunga Jelita. Bekerja sebagai pensyarah di salah sebuah universiti di Malaysia dan hampir mendapat sakit jantung akibat sentiasa diusik oleh gadis yang bernama Arysa Mikayla.
Namun, di dalam usikan yang diberi, terputik cinta di dalam hati antara satu sama lain. Surat - surat yang dikirimkan buat sang lelaki untuk memberi semangat, merupakan petanda bahawa gadis itu jatuh cinta.
Adakah takdir akan menyatukan mereka? atau surat itu?