By •yasayanhee• ✓
Benarlah, bahawa Allah SWT itu maha membolak-balikkan hati ini bila-bila masa sahaja. Dan itulah yang terjadi pada seorang gadis yang bernama Nuhal Imani.
"Ya Allah, sungguh aku seorang insan yang lemah. Ampuni aku ya Allah, sungguh aku tak kuat dengan ujian yang kau berikan padaku ini."
Dia berubah dalam sekelip mata.
"Nuhal, ni bukan kau yang aku kenal." -Asyraf
"Please, tunjukkan aku apa erti kebebasan tu." -Nuhal
Hadirnya Asyraf mengajarnya erti cinta dan kebebasan. Malah, semua yang tidak pernah dirasainya dulu, kini dirasainya. Cinta mula menjalar dalam hatinya. Baginya, Asyraf ialah 'rumah' buat dirinya.
Namun, bila kebahagiaan sudah menjalar di antara mereka....
"Aku minta maaf Nuhal, aku cintakan kau..."
Serta-merta dunianya berubah gelap tiada sinar. Jiwanya hilang dibawa si 'dia'.
"Mungkin saya tak terbaik seperti si dia. Tapi saya cuba, Nuhal." -Uzair