[SEQUEL THE INNOCENT KILLER : HYN] Yang disangka mati, kini dia kembali. Mungkin Hyn rasa dia telah membunuh sang penyiasat dengan kejam, namun tanpa dia ketahui, jejaka itu mempunyai cara untuk melepaskan diri. Kini, dia kembali dengan sebuah dendam. Dendam setelah mengetahui rakan-rakannya dibunuh walaupun janji telah terikat. "Aku akan pastikan orang yang buat hidup aku merana juga merana seperti aku." Choi Seungcheol, ketua penyiasat CRT Team kembali dengan wajah baru, harapan baru dan dendam baru. Bersumpah atas kata-kata janji, dia akan membalas perbuatan semua yang mengkhianatinya. Satu demi satu dicari hingga ke akhirnya dia berjumpa dengan pembunuhnya. "Aku tahu aku yang buat janji tu, Cheol. Tapi, aku berani bersumpah bukan diri ini yang bunuh rakan kau." "But your body did." Penyesalan tiada guna. Janji yang termeterai dimusnahkan sekelip mata. Jujur, dia juga rasa berdosa kerana menghancurkan janji yang dicipta bersama Seungcheol. Namun, Seungcheol kembali bukan untuk memberi simpati. Dia tekad untuk membunuh jejaka yang menghancurkan dunianya. "I'm sorry, I broke our promise."