DIA, ZAYN RAFFAEL

DIA, ZAYN RAFFAEL

  • WpView
    Reads 430,459
  • WpVote
    Votes 7,894
  • WpPart
    Parts 22
WpMetadataReadComplete Tue, Feb 3, 2026
WpInfo
Fiction
Romance
Mawar percaya cintanya bersama Raffael akan berakhir di pelamin, namun takdir seakan mempermainkannya. Dikejutkan dengan hakikat pahit pada hari pernikahan, lelaki yang baru saja bergelar suami rupanya 'Raffael' yang berbeza! "Ni semua mesti rancangan kau kan Naufal? Kau tak nak aku kahwin dengan Raffael, kau cari Raffael lain!" -MAWAR NASUHA "Mawar... dengar apa yang abang nak cakap ni. Sebenarnya abang dulu yang datang sini minta restu dengan ayah dan Naufal. Ayah dan Naufal cakap, Mawar setuju. Jadi abang teruskan niat abang untuk halalkan Mawar." -ZAYN RAFFAEL "Kau bukan Raffael yang aku nak... Kau bukan dia." -MAWAR NASUHA Terperangkap dalam sebuah perkahwinan tanpa rela, Mawar memberontak, menolak kehadiran Zayn sebagai suami sedangkan Zayn terus bersabar. Namun, kesabaran seorang suami juga ada batasnya, lebih-lebih lagi apabila rahsia hitam Mawar terbongkar. Dipulau, dihina, dan kehilangan kepercayaan Zayn, Mawar akhirnya sedar. Dialah yang harus berjuang untuk mempertahankan perkahwinan ini. Mampukah Mawar menebus segala kesilapan? Atau semuanya sudah tersurat tanpa peluang kedua?
All Rights Reserved
#853
kahwinpaksa
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • THB [Treat Her Better]
  • 𝐈'𝐌 𝐍𝐎𝐓 𝐀 𝐌𝐈𝐒𝐓𝐑𝐄𝐒𝐒
  • Adakah Masih Ada Kita (Completed)
  • CAPTAIN ARASH'S ONLY LOVE (BAKAL TERBIT 2026)
  • 𝐌𝐚𝐰𝐚𝐫 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐇𝐮𝐦𝐚𝐢𝐫𝐚
  • Introvert boy (Og)
  • Bukan Untuk Dimiliki
  • HUG : THE TRUTH UNTOLD
  • 𝐌𝐘 𝐒𝐔𝐆𝐀𝐑 𝐃𝐀𝐃𝐃𝐘!

Kereta di parkir di bawah porch. Enjin dimatikan. Orang yang berada di sebelah dikerling. Boleh tidur pula dia ni, ujar Zayyan Mateen dalam hati. Zayyan Mateen memusingkan sedikit tubuh agar menghadap wajah isterinya. Dengkuran halus yang kendengaran itu membuatkan bibirnya tersenyum. "What should I do with you Humaira?"Pipi mulus itu diusap. Dia tak pernah ada kekasih apatah lagi bercinta. Selama hidupnya, dia hanya kisahkan pada diri sendiri. Tak pernah fikir tentang hidup berpasangan. Tetapi, dalam sekelip mata. Statusnya kini sudah berubah sejak bertemu dengan wanita ini. "Bolehkah perkahwinan kita ini berjaya?" Sebenarnya dia takut juga saat membuat keputusan untuk berkahwin. Dia takut tak mampu untuk jalani tanggungjawab dengan baik. Paling dia takut andai orang yang dia sayang berada dalam bahaya. Dia sedar akan risiko pekerjaannya itu. Sayang? Benarkan sudah hadir rasa sayang dalam diri untuk isterinya ini? Atau hanya kerana simpati? Dia sendiri keliru dengan perasaan sendiri. Dia tak pernah rasa apa itu kemanisan bercinta. Dia tak pernah belajar dan tak pernah diajar. Tangan dijatuhkan dari terus mengusap pipi itu. Dia melepaskan keluhan lalu membuka pintu kereta. Dia berjalan ke arah pintu penumpang dan dengan perlahan-lahan tubuh wanita itu dicempung. Pintu kereta ditolak dengan kaki. ...... Nak tahu kelanjutan kisah mereka, jangan segan-segan untuk singgah ke sini... Selamat Membaca "Treat Her Better"

More details
WpActionLinkContent Guidelines