Benarkah cinta pertama itu sukar dilupakan? Bahkan, lebih susah untuk ditinggalkan.
Pernah suatu ketika dahulu, hadirnya menghiasi hari, senyumnya menjadi satu sebab untuk memiliki hari yang indah. Hanya sekadar satu ayat dipagi hari membuatkan hatinya berbunga-bunga indah.
Itu Aneesa. Seorang gadis biasa, yang hidup sederhana, merasakan dirinya tidak secantik Siti Nurhaliza, atau tidak seanggun Erra Fazira. Hidupnya mula bersinar bila Danish memberi kata cinta. Si pujangga memberikan ayat-ayat manis. Bahagia serasa dunia ana yang punya.
Danish, dewasa pada namanya. Bijak, tampan, muka ala kacukan cina. Oh, lupa. Memang ada darah cina mengalir dibadannya. Rambut ikal, senyum sentiasa terukir.
Mungkin kerana itu, Aneesa terpesona. Cuma mampu memandang di kejauhan, tidak berani mendekat, kerana di lock screen telefonnya ada gambar seseorang.
'Ini Aminah. Aminah Ameera. Nama macam kampungkan? Dulu masa sekolah, I selalu gelakkan dia. Asal nama kau kampung sangat, tapi duduk KL? Then, dia akan jawab, itukan nama ibu Nabi. Tak baik gelak tau..'
'Aneesa Nurazlyn, cinta saja tidak cukup untuk membahagiakan kita. Cinta saja tidak cukup untuk menanda perhubungan kita.' - Danish Amirul
'Danish, jika cinta itu mampu memberikan kau bahagia, akan ku cari dimana jua. Ku hadiahkan buatmu, untuk menandakan besarnya rasa ini.' - Aneesa
'Danish, ini cukup buat kita.' - Ameera
Jika akhirnya bukan cinta, apa yang ada pada hubungan antara dua insan? Jika cinta saja tidak cukup, apa yang mampu membuatkan kau dan aku tetap utuh disitu?