𝑻𝒆𝒍𝒆𝒑𝒂𝒕𝒉𝒚 𝑳𝒐𝒗𝒆 ❦︎ 𝙺𝚒𝚜𝚊𝚑 𝚌𝚒𝚗𝚝𝚊 𝚢𝚊𝚗𝚐 𝚔𝚒𝚝𝚊 𝚞𝚔𝚒𝚛 𝚍𝚎𝚗𝚐𝚊𝚗 𝚑𝚊𝚝𝚒 𝚢𝚊𝚗𝚐 𝚒𝚔𝚑𝚕𝚊𝚜 Faeeqa Nadhifah seorang perempuan kasar yang jatuh cinta dengan lelaki lembut. Dia tidak pernah menyangka perkara seperti itu akan berlaku dalam hidup dia. Tetapi itulah kenyataannya yang sudah pun berlaku. "Memang tak lah aku nak suka dia." Ujarnya dengan muka berlagak. "Dia okey apa baik, nyanyi pun sedap!" Memang benar apa yang Alyna katakan tetapi dia tiada di dalam list jodoh pun masalahnya. Jatuh cinta dengan rakan sendiri merangkap senior terkenal di sekolah. Hampir semua guru mengenalinya. Ini kalau kantoi memang menjadi cerita hangat! Walaupun begitu nasib tidak menyebelahi Faeeqa.Tahun itu merupakan tahun akhir sesi persekolahan bagi si dia, Haiyan Ayden. Dia lembut tetapi untuk melembutkan hatinya bukanlah satu perkara yang mudah. "Untuk kali terakhir aku merepek bahasa aku, aku cuma nak cakap i love you." Ujarnya tanpa perasaan supaya rasa malu itu hilang. "Oh ya goodbye, Tesoro." Berat hati ingin menuturkan ayat ini. Tetapi kerana itulah kali terakhir pertemuan antara mereka, Haiyan sanggup menuturkan ayat itu. Terima kasih, Faeeqa kerana sanggup berkawan dengan aku yang tidak sempurna ini. Tiga tahun bersama dan tahun ketiga itulah tahun mereka bersama buat kali terakhir. Adakah mereka akan bertemu kembali? "Haiyan Ayden?" Terkedu dia masih sama tiada yang berubah. Mungkin, hanya hati sahaja.