Seorang anak yang lahir dalam keluarga exorcise,tetapi kelahirannya tidak disegani oleh sesiapa termasuk ayah kandungnya sendiri kerana ayahnya menganggap anaknya itu pembunuh isterinya dan malah sangat membenci darah daging satu-satunya yang dia ada untuk menjadi penerus klan keluarganya.
Anak yang bernasib malang itu mendapat perlakuan buruk dari semua pihak,malah anak itu sering jatuh sakit dari lahir lagi kerana sumpahan/kutukan yang dia terima dari keturunannya.
Walaupun ayahnya benci dengannya tapi dia masih melaksanakan tanggungjawabya sebagai seorang ayah untuk merawat anaknya dengan memanggil doktor.
Anak itu merasa hidupnya sangat malang dan malah sangat menyedihkan,dia terasa ingin mati dan menamatkan hidupnya.
Anak itu 'ingin' mengakhiri hidupnya.Anak itu tak sanggup lagi untuk teruskan sisa hidupnya yang malang ini.
Tiba2 kedengaran suatu suara yang menghalangnya dan membuat sepakatan dengannya,anak itu setuju dengan sepakatan yang dia dengar.Setelah itu,anak yang dikatakan lemah itu tiba2 total menjadi seseorang yang berbeza malah menjadi lebih kuat dan ditakuti oleh orang lain.
Apakah yang berlaku pada anak itu sampai berubah total????
Suatu hari,muncul satu setan yang sangat terkenal dengan kesetanannya iaitu 'RED DEVIL'/'IBLIS MERAH',dia mengetahuai rahsia anak itu dan malah ingin menjahilinya lebih lagi.Malah dia sanggup berupa menjadi manusia untuk mengikutinya.
Anak itu terasa aura bahaya dari setan itu setiap kali ia muncul didepannya.Setiap pertarungan dengan setan itu sudah pasti menjadi seri antara mereka.Lebih parahnya,anak itu yang selalu hampir kalah kerana banyak kehabisan tenaga.
Akhirnya,Red Devil mengajukan perjanjian dengan anak itu.Anak itu bersetuju kerana tak mau nyawanya melayang saat ini,malah bercadang membalas dendam kemudian.
"Ada undang di sebalik batu"fikir anak itu