Setiap pasangan yang bertunang pasti mengimpikan hubungan mereka berakhir di jinjang pelamin. Namun, bagi Arshiya Zahrah, impian itu hancur berkecai apabila tunangnya, Muhammad Al-Masi, memilih untuk hidup bersama adiknya sendiri. Tali pertunangan yang terjalin selama dua tahun itu terputus begitu sahaja, meninggalkan luka yang dalam di hati Zahrah.
"Aku menunggu sampai waktu tak izinkan kita bersatu," - Zahrah
"Cukup saya katakan, tiada lagi persefahaman dalam hubungan yang sekian lama terjalin ini. Tiada jodoh antara kami," - Al-Masi
Zahrah akhirnya mengumpulkan keberanian untuk melepaskan apa yang tidak boleh diubah, walaupun keputusan itu menyakitkan hati dan jiwa. Namun, kebahagiaan Al-Masi dan Shaqila tidak kekal lama. Nasib malang menimpa apabila mereka terlibat dalam kemalangan yang meragut nyawa mereka berdua di lokasi kejadian.
Kematian mereka meninggalkan Adam Idris, anak mereka yang masih kecil. Zahrah, dengan hati yang hancur, membuka pintu hatinya untuk menjaga Adam dan memberikannya kasih sayang tulus seperti seorang ibu.
"Ibu, maaf. Kalau setiap kali ibu melihat wajah saya, ibu menangis,"
"Memang Adam tidak bertuah seperti orang lain. Tetapi orang lain mungkin tidak sekuat Adam,"
Selepas kepercayaannya hancur, Zahrah menjadi takut untuk terikat dengan sesiapa sahaja. Namun, hidupnya yang tenang itu berubah apabila keluarganya mengatur perkahwinannya dengan seorang lelaki yang dia tidak kenali.
"Dulu aku kena redha adik kahwin dengan tunang aku... kali ni aku kena redha juga, kahwin pilihan umi abah," Zahrah
Lelaki itu, Muhammad Hilel Akif, cukup misteri. Zahrah mula merasa curiga, terutamanya apabila dia akhirnya mengetahui pekerjaan sebenar Hilel. Namun, apakan daya, dia sudah menjadi isteri yang sah kepada lelaki itu.
"Did I scare you?"
"Pembunuh... kau yang bunuh mak ayah budak ni!"
Bagaimanakah Zahrah menghadapi hakikat bahawa dia kini terikat dengan seorang lelaki yang mungkin membawa bahaya ke dalam hidupnya?