Hanya kerana dendam Hadeeqah masuk ke dalam neraka seksaan Ammar. Dendam yang membara itu membuatkan hati dan jiwa si gadis berkecai. Redha? Bagaimana gadis itu harus redha dengan perkahwinan yang disangka memberikan kebahagiaan. "Andai saya tidak pernah mengenali awak mungkin hati saya tidak akan sesakit ini" - Hadeeqah Ilyana "You're no longer my wife! Tunggu surat cerai daripada aku!" - Ammar Harith Tanpa sedari hubungan mereka terlalu hancur dimana gadis itu terpaksa menerima segalanya. Bagaimana mungkin kita jatuh cinta namun tidak ditakdirkan untuk bersama kerana cinta itu tidak seharusnya memiliki. 📌My own idea 📌 No plagiarism 📌Rekaan semata-mata