𝙄𝙩'𝙨 𝘼𝙡𝙡 𝘼𝙗𝙤𝙪𝙩 𝙃𝙚𝙧...
𝐍𝐮𝐫 𝐀𝐝𝐞𝐥𝐢𝐲𝐚 𝐒𝐨𝐟𝐞𝐢𝐚
Nama selembut sutera, secantik wajah tapi sayang... kasar! Namun, dia bukanlah 'tomboy'. Seorang yang pendiam, seolah-olah di dalam mulutnya ada emas bertan-tan. Kadang menyakitkan hati, kadang dialah yang tersakiti.
𝐌𝐮𝐡𝐚𝐦𝐦𝐚𝐝 𝐀𝐥-𝐇𝐚𝐪𝐞𝐞𝐦
Jejaka bermata hazel ini cukup digilai para wanita, terutamanya bila senyuman mahal yang berlesung pipit itu dilemparkan dikhalayak ramai. Merupakan seorang CEO di syarikat milik keluarganya. Dingin dengan wanita dan seorang yang buta tentang percintaan. Namun, hanya ada satu nama yang terpahat dalam hatinya.
Pertemuan mereka berlaku kerana ketentuan Ilahi. Ditambah pula dengan percaturan keluarga yang ingin menyatukan mereka tanda mengeratkan hubungan yang sudah lama terjalin. Cliché, tapi benar.
Disaat hubungan baru bermula, terbongkar satu rahsia yang langsung tak terfikir dek akal. Disaat rasa indah mula hadir, kenangan hitam kembali menjengah.
"Tak akan ada orang yang boleh terima kekurangan saya ni."
"Saya suami, awak isteri. Macam mana nak bersama kalau hati masih menentang?"
"Kalau sayang, kena percaya. Kalau cinta, kena setia."
"You're mine..."
Mampukah mereka mengatasi setiap satu ujian yang datang? Yang pastinya, ianya mampu mencabar kematangan dan kesetiaan sepasang suami isteri.
⚠️ Kisah ini terselit isu yang agak sensitif pada sesetengah pihak. Jika anda bukan seorang manusia yang bersikap terbuka, disarankan anda untuk tidak membaca kisah ini.
⚠️ Cringe tahap dewa.
After all, i'm still newbie here so do support me with your vote and comment. Thank you, love you ❤️
Tengku Luthfi Haikal 💓 Tengku Naila Ameera
Tengku Luthfi Haikal. Siapa saja yang tidak mengenali jejaka tampan ini? Semua orang kenal. Anak kepada Tengku Firash Zayden dan satu-satunya pewaris terbesar serta CEO bagi syarikat F'ZAY HOLDING. Seorang yang ramah dan mudah untuk berkawan. Tapi seorang yang sangat susah untuk didekati. Terlebih lagi kaum wanita yang berusaha untuk mendapatkan hati Tengku Luthfi.
Tapi tanpa mereka semua tahu. Di hati Tengku Luthfi sudah terpahat nama seseorang di hatinya. Bertahun-tahun Tengku Luthfi menyimpan perasaan ini. Dia selalu memerhati si gadis dari jauh.
Tengku Naila Ameera. Seorang gadis yang seksi dan cantik. Walaupun begitu, keperibadiannya sangat peramah, periang dan tidak sombong. Tengku Naila suka membantu orang-orang di sekelilingnya. Gadis ini sangat murah dengan senyuman.
Tapi di sebalik sikapnya itu, dia menyimpan segala rasa trauma yang dia hadapi. Tengku Naila trauma tentang percintaan. Dia pernah dikhianati. Bekas tunangnya yang pergi meninggalkan dia di hari sepatutnya menjadi hari bersejarah bagi Tengku Naila iaitu majlis pernikahan.
Adakah Tengku Luthfi dapat membuang dan menyembuhkan trauma yang dihadapi Tengku Naila? Adakah mereka akan bahagia? Adakah Tengku Luthfi dapat memiliki hati gadis ini semula?
Start : 12/05/2024
End : 26/06/2024