Mengisahkan seorang wanita yang bernama Dhia. Hidup Dhia sederhana tetapi serba lengkap dari segi kasih sayang dan wang ringgit. Namun setelah beberapa memoir yang menghiris hati hadir dalam hidupnya, Dhia tidak lagi sama seperti dulu. Dhia mula didiagnosiskan dengan pelbagai penyakit. Ada juga yang mengatakan Dhia terkena guna-guna atau ilmu hitam. Dhia bengang dengan kata-kata orang ramai terhadap dirinya. Kadangkala Dhia bertindak agresif kerana perasaan sedih dan marah menjadi satu. Menafikan takdir yang tertulis, Dhia berlagak normal untuk menyorokkan status dirinya. Tanggapan dirinya terhadap penyakit itu sama seperti orang awam, kerana tiada siapa yang sanggup memberi bantuan malah semakin dicemuh. Disebabkan itu, Dhia menolak sebarang diagnosis yang diberikan walhal Dhia sedar yang dia memerlukan rawatan yang insentif. Demi stigma masyarakat dan dirinya terhadap penyakit itu yang semakin menebal, Dhia sanggup bermatian melawan penyakit itu sendirian tanpa mengetahui bahawa dirinya akan lebih terseksa.All Rights Reserved
1 part