Dua orang yang mencari cinta, seorang risau tidak dapat merasai cinta dan seorang lagi risau tidak dapat mengukapkan perasaanya. Inilah kisah percintaan 'rollercoaster' Huda Ayuni dan Helmi Hakimi;sahabat sejak zaman sekolah menengah, melintasi pelbagai kisah lucu dan kenangan manis bersama-sama. Namun, di balik tawa dan cerita, tersimpan perasaan yang lebih dalam dari sekadar persahabatan dari pihak Helmi. Setiap kali dia cuba mengungkapkan perasaannya kepada Huda, entah mengapa, situasi selalu bertukar dan Helmi selalu terlepas peluang. Akhirnya, dengan hati yang berat, dia memutuskan untuk menyimpan perasaannya sendiri. Manakala, Huda pula terpaksa mencari penawar untuk mengubati luka setelah ditinggalkan oleh bekas kekasihnya. Dapatkah mereka berdua mengatasi masalah ini? Hilangkan rasa ingin tahu dengan kisah mereka dengan membaca Whispers of Affection!
3 parts