TAJUK: PENAKLUK HATI ABANG JAMBANG
PENULIS: ISMEANA
BLURB :
"Setakat handsome tapi muka ketat buat apa. Tu kalau nak tackle awek mesti tak pass. Mesti si awek tu menyampah gila dengan muka ketat dia tu. Kalau aku, nak aje aku lastik muka dia macam lastik burung gagak dulu-dulu tu. Piungg... padu kena setepek!" - Fatehah
Iftitah masih ingat kata-kata gadis berbaju pink itu. Kerana itu, demi mendekati gadis yang menakluk hatinya, dia berusaha melatih otot senyumnya agar berfungsi dengan baik. Tatkala si gadis bertanyakan namanya, dengan senang hati dia memberikan jawapan...
"Panggil aje Abang Jambang Handsome." - Iftitah
Jawapan itu diberikan dengan pakej killer smilenya.
Rupanya mereka terus berjodoh untuk bertemu. Fatehah kemudiannya bekerja di syarikat milik keluarganya Iftitah.
"So, lepas ni kita kahwin, boleh?" - Iftitah
"Hah? Kahwin?" - Fatehah
"Opss... Sorry. Kawan. K-A-W-A-N. Lidah advance sangat nak cakap. Tu yang terbabas. So, boleh tak awak beri saya peluang kedua?"- Iftitah
Namun, mereka mula bergelut dengan konflik hati apabila cerita 14 tahun lalu terbongkar.
"Terima kasih kerana pernah menjadi sebahagian daripada insan yang menggembirakan dan membahagiakan abang. Mungkin tika ini kita tak dijodohkan bersama. Namun abang masih mengharapkan kita masih diberi peluang itu. Kerana abang pasti, hati Teha masih ada untuk abang." - Iftitah
"Encik tak payah bermimpilah. Untuk pengetahuan encik, hati saya dah tak ada untuk encik. Pada saat saya tahu kenyataan tu, hati saya dah hancur. Saya memang rasa bersyukur sebab tidak berjodoh dengan encik. Jadi, encik tak perlulah nak harapkan apa-apa kerana hati saya takkan berbalik kepada encik. Takkan!" - Fatehah
Bagaimanakah pengakhiran kisah mereka? Adakah kekal ternoktah setakat itu, atau sebaliknya?
In editing process!
Meskipun dibesarkan dalam keluarga yang dihormati, Haura Mikayla tidak pernah diajar oleh Dato' Azham dan Datin Suhaila mengenai kehidupan. Haura dibiarkan terkontang kanting di dalam masyarakat, dibiarkan sendiri mencari tujuan dan kebebasan hidup seorang diri,
sehingga dia menjadi mangsa dalam percintaan yang disangkakan ikhlas.
Memang benar, anak bongsu lebih kepada sifat manja namun sedih, kecik hati, kecewa banyak disimpan dan dipendam sendiri. Kadang dipersalahkan tanpa bukti.
Sehingga dia membuat keputusan untuk tidak lagi meletakkan harapan kepada kaum Adam.
"Mungkin saya ni sebenarnya dilahirkan tanpa pasangan kot?" - Haura Mikayla
Amsyar Dizhwar, yang meletakkan keluarga sebagai keutamaan dalam hidup mula memikirkan soal hati apabila dipertemukan semula dengan adik kepada rakan karibnya, Hawwas Muazzam.
"Saya terima awak. Baik buruk awak." - Amsyar Dizhwar
Start; 19th September 2023
End; 7th November 2023