[ Book 2 ]
Raysa Amanda, nama seorang gadis yang cukup manis dan indah disebut. Sesuai dengan nama, sudah tentu orangnya juga lemah lembut dan sopan. Tetapi... itu semua drama tv3 sahaja! Dia hanyalah gadis biasa yang perwatakan ganas dan kasar. Sering sahaja digelar 'tomboy' oleh orang sekeliling tetapi dia peduli apa... ini hidup dia, dia berhak buat apa sahaja dia mahukan. Itulah prinsip hidup seorang Raysa Amanda.
Heriz Zayyan, seorang lelaki yang bekerja sebagai juruterbang, memiliki kekayaan yang luar biasa, perwatakan dingin dan sombong. Walaupun usia sudah meningkat, tidak pernah terfikir dirinya untuk berkahwin. Baginya, perempuan hanya menyusahkan. Tiada yang boleh menyenangkannya, rumit!
Pertemuan antara Raysa dan Heriz yang tidak dirancang membuatkan gadis itu mula menaruh hati. Sifat Heriz yang protective dan caring sentiasa memberinya harapan untuk memiliki lelaki itu.
Namun... Kita hanya mampu merancang dan Tuhan yang menentukan segala-galanya...
Hati yang berbunga indah untuk lelaki itu mula layu apabila Heriz menaruh hati pada sahabat baiknya, Aleeya Qistina.
"Eh, aku rasalah kan aku dah jatuh cintalah, Raysa." -Heriz Zayyan
Terus terkubur harapan yang menggunung, hati yang sentiasa berkembang mekar untuk lelaki itu mula mati sedikit demi sedikit dihenyak kenyataan.
Mampukah Raysa Amanda menerima kenyataan bahawa lelaki yang dicintai tidak mampu dimiliki?
Highest ranking no. 1 in sad romance ( 28/9/2022 )
Highest ranking no. 1 in sad ( 6/10/2022 )
Highest ranking no. 1 in broken ( 29/10/2022 )
[ Book 3 ]
Randika Daniel- sebaris nama, dua patah kata namun siapa sangka mampu menggerunkan hati yang melihatnya. Beku. Itulah definisi yang sesuai untuk menggambarkan dia. Tiada siapa tahu apa yang berada di dalam benak fikiran lelaki itu. Semuanya diluar jangkaan manusia. Wajah yang langsung tidak tercalit sebarang senyuman mahupun reaksi. Sejarah hitam yang menghantuinya membuatkan seorang Randika Daniel berubah menjadi lelaki yang tidak berperasaan. Dendam yang disimpan di jiwa yang paling dalam tidak akan dihapus selagi belum dilunas secukupnya. Itulah matlamat hidup Randika Daniel.
Larissa Cyra- seorang gadis yang sangat menjaga adab dan batasnya terutama sekali dengan ajnabi. Disebabkan pemakaiannya yang sentiasa terjaga dan menutup aurat, membuatkannya dipandang hormat oleh orang sekeliling. Seorang yang lemah lembut dan disenangi. Namun, siapa sangka gadis polos sepertinya mempunyai kisah silam yang paling gelap? Dosa yang dilakukan menjadikannya seolah-olah dialah manusia paling hina di atas muka bumi.
Betullah seperti yang selalu diperkatakan, manusia tidak akan pernah lari dari membuat kesilapan, yang membezakan sesama manusia adalah dosa yang dilakukan.
Kisah dua manusia yang melalui titik-titik hitam dalam hidup mereka sehingga dipertemukan bersama, mampukah mereka terus reda dengan nasib yang ditimpa? Adakah ujian yang diturunkan itu akan mendekatkan mereka ke arah Tuhan atau sebaliknya?
🥇 Highest ranking no. 1 in 𝐬𝐚𝐝 ( 30/10/2022 )
🥇 Highest ranking no. 1 in 𝐥𝐨𝐯𝐞 ( 4/11/2022 )
🥇 Highest ranking no. 1 in 𝐫𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 ( 6/11/2022 )
🥇 Highest ranking no. 1 in 𝐭𝐫𝐚𝐮𝐦𝐚 ( 24/11/2022 )
🥇 Highest ranking no. 1 in 𝐡𝐮𝐫𝐭 ( 4/12/2022 )
🥇 Highest ranking no. 1 in 𝐞𝐠𝐨 ( 25/4/2023 )