Diari cinta kita, cinta kita yang telah ditakdirkan.
Dia itu gadis yang sederhana. Tiada yang ada sepertinya, hanya dia.
Bidadari tercantik itu adalah dia. Bunga yang mekar indah itu juga adalah dia, indah dan tak terusik kecuali dirawati oleh pemiliknya.
Alam semesta tahu bagaimana aku tulus mencintainya. Pencipta alam semesta juga tahu, bagaimana aku begitu menginginkannya..
Dia itu gadis biasa-biasa saja di mata seseorang tetapi cukup luar biasa di mataku kerana dia telah berjaya membuatkan aku jatuh cinta pada pandangan pertama.
Kerana dia adalah cinta pertama, justeru segala yang ku isikan di dalam diari ini adalah segala tentang dirinya.
Kata-kata tak mampu membuktikannya, tetapi diari ini adalah buktinya bahawa dia adalah cinta pertama dan akan menjadi yang terakhir mahupun di dunia dan di akhirat nanti.
Dia lah gadis yang telah melengkapkan diriku. Ya Allah, aku tak mahu yang lain selain dirinya. Hanya dia..
- yang tulus mencintainya, adam
[ h i a t u s ]
Started ◔ 12 • 01 • 23↝OG