CERITA INI ADALAH REKAAN SEMATA-MATA + IMAGINASI + PENGALAMAN PERSEKITARAN Cerita ini adalah berkaitan seorang gadis bernama Anastacia Violet yang hidup dengan kemewahan sejak kecil lagi disebabkan kedua-dua ibu bapanya adalah ahli perniagaan. Anastacia lebih dikenali sebagai Violet merupakan seorang gadis jelita yang berbangsa sini Kadazan dan minat dalam bidang kesenian serta fotografi. Violet tidak mempunyai begitu ramai kawan kerana sering berpindah-randah. Violet cuma ada abangnya Valen serta kawan baiknya Glenn yang sentiasa menemani hari-harinya. Glenn secara diam memendam perasaan sayang melebihi seorang rakan kepada Violet. Keadaan telah berubah sekelip mata apabila Violet berpindah ke Sandakan sehingga terpaksa meninggalkan sahabatnya, Glenn. Apakah yang akan terjadi dengan kehidupan Violet? Adakah Glenn dan Violet akan bertemu kembali?