53 parts Complete Helena Zara- Penjaga kepada Happy Smile Hospice yang merupakan tempat untuk mereka yang sakit, tetapi gagal dalam proses perubatan dan hanya menunggu kematian.
Helena dibesarkan di dalam keluarga yang penuh dengki, kebencian dan dendam. Akibat itu dia menjadi seorang yang pendendam, angkuh dan memandang wang ringgit semata.
"Walau gugur kelopaknya ke bumi, bunga tak pernah menjauhi musim mekar. Helena juga perlu bangkit seperti bunga yang berkembang lagi setelah musim dingin berlalu."- Puan Sri Sarina
"Aku akan mekar lagi?"- Helena Zara
Syafiq Haikal- Lelaki yang terluka akibat kehilangan cinta pertama. Dia terus membawa diri, jauh dari kenangan yang pernah tercipta suatu ketika. Tanpa Syafiq sedar, bukan dirinya sahaja yang terdesak mencari bahagia.
Aturan takdir, Syafiq bekerja di Happy Smile Hospice dan menemukan dirinya dengan Helena Zara sebagai majikan yang dia benci kerana kelakuan perempuan itu.
"Lupakan Zahrah?"- Syafiq Haikal
"Mama doa Allah hadirkan seorang bidadari yang bergelar penyembuh segala jerit dan penderitaan Syafiq."-Puan Marina
Mengenali Helena, satu demi satu kisah wanita itu Syafiq ketahui termasuklah kisah lama yang disembunyikan.
"Puan Sri Sarina beritahu yang Cik Helena juga pernah kehilangan seseorang, tidak tahu sama ada hidup atau mati." - Syafiq Haikal
"Siapa kau nak campur urusan hidup aku!"- Helena Zara