Tengku Hazzar Danish, lelaki yang dikatakan sempurna pada mata dunia namun mempunyai rahsia yang mengatakan sebaliknya, kerana memiliki dua wanita dengan ikatan yang sah bukanlah suatu hal yang mudah. Dia yang beraut wajah tampan dan memiliki hati yang budiman itu sentiasa dicintai dengan sepenuh hati oleh Dhia Wahida, si isteri pilihan keluarganya. "Izinkan Dhia sembuhkan luka di hati abang"-Dhia Wahida Namun dia pula lebih mencintai Mysha Azzalea, si isteri yang sering melukai hatinya dengan setiap bait kata. "Aku sumpah kau takkan bahagia sampai bila-bila Haz! Kau akan menderita seumur hidup kau!"-Mysha Azzalea, yang sering menangkan mulut dari hati. Mampukah Dhia Wahida berusaha untuk mengetuk pintu hati Tengku Hazzar Danish sehingga terbuka luas untuknya? Dan mampukah Mysha Azzalea mempertahankan statusnya sebagai isteri yang paling dicintai Hazzar Danish sehingga ke penghujungnya? Mysha Azzalea dan Dhia Wahida mempunyai cara yang berbeza untuk menunjukkan rasa cinta mereka kepada Tengku Hazzar Danish. Jadi bagaimanakah kesudahan cinta mereka? Dan siapakah yang bakal menjadi pilihan terakhir Tengku Hazzar Danish setelah dia dipaksa oleh keadaan untuk membuat satu pilihan saja?