Semasa berkhemah bersama keluarganya di sebuah jeram, Mustafa diberi amaran oleh seorang tua misteri tentang bahaya di tempat itu. Namun dia tidak mengendahkan amaran itu dan anaknya Damia hilang pada keesokan harinya. Apa terjadi pada Damia? Siapa lelaki tua itu dan apa bahaya yang ada di hutan itu? Siapa wanita tua misteri yang Mustafa terlihat kelibatnya? Berjayakah anda merungkai misteri yang menyelubungi Mustafa dan keluarganya? Konsep karya ala gamebook ini adalah untuk memberi pilihan kepada pembaca memilih jalan cerita sendiri di samping memberi persepsi terhadap jalan cerita dengan lebih meluas. Tiada cara yang salah atau betul asalkan mengikut turutan seperti yang diarahkan. Cuma sebaiknya dibaca semua bab mengikut turutan tiap alternatif yang ada.