Pertemuan pertama membuatkan Si Dingin terpesona dan Si Manis pula berdetak rasa. Kehadiran Megat Luth Firdaus,seorang guru ganti di sebuah sekolah menarik minat Atheerah Medina untuk mendekati dan menawan hatinya.Kejadian malang yang menimpa Megat Luth Firdaus menambah rasa kasih dan simpati Medina terhadapnya.Pelbagai usaha dilakukan untuk memikat Megat Luth Firdaus. Bagi Megat Luth Firdaus, Medina hanyalah pelajar dan adik angkatnya sahaja.Cintanya telah terkubur bersama-sama jasad orang yang tersayang.Fitnah yang melanda hubungan mereka membuatkan Megat Luth Firdaus malu dan mulai menjauhkan diri daripada Medina.Medina terpaksa melupakan hasratnya untuk memiliki jejaka idamannya sehinggalah dia telah berjaya bekerja. Kehadiran Ridzuan telah membuka satu dimensi baru dalam hidup Atheerah Medina.Adakah Atheerah Medina akan menerima pinangan Ridzuan dan melupakan Megat Luth Firdaus?.Adakah Atheerah Medina berjaya memiliki jejaka idaman hatinya?.Berbaloikah penatiannya selama ini?. "Medina tak pernah anggap Luth sebagai Abang, tapi Medina anggap Luth sebagai cinta hati Medina dan bakal imam Medina". ~Atheerah Medina~ "Medina Luth dah lama kuncikan hati Luth daripada menerima mana-mana perempuan.Luth yakin Medina akan jumpa lelaki yang lebih baik daripada Luth" ~Megat Luth Firdaus ~ "Medina, Ridzuan betul ikhlas cintakan Medina dan Ridzuan memang berharap agar kita kita jadi suami isteri". Ridzuan Anaz "Saya cintakan awak Luth Firdaus seorang saja dalam hati saya dan saya akan bawa cinta saya sampai saya mati". ~ Aisyah Sofea~Todos os Direitos Reservados
1 capítulo