"Araa... aku nak kau... kahwin dengan Rizal."- Zulaikha. Kerana permintaan Zulaikha yang terdesak begitu, Zahra dengan berat hati menerima pinangan Zulaikha buat suami wanita itu sendiri, Rizal. Keadaan Zulaikha yang menyayat hati menjadikan tidak tega untuk mengecewakan wanita itu. Namun, setelah pemergian Zulaikha buat selama ini, tinggal bersama dengan ibu mertua serta adik ipar Zahra merasakan dirinya seolah-olah tinggal di dalam neraka! Begitu juga dengan Rizal yang mula membenci dia kerana Rizal menganggap dialah asbab kematian arwah Zulaikha. "Aku... akan balas dendam pada kau atas kematian isteri aku. Aku nak seksa kau sebelum aku lepaskan kau. Aku tetap akan lepaskan kau but after six months. Jangan harap aku akan ceraikan kau sekarang." - Rizal Zahra bukan seorang yang lemah. Tidak! Tak akan dia benarkan dirinya diperlakukan seperti patung yang tak bernyawa. Dituduh membunuh walaupun sama sekali dia tidak lakukan. Kebenaran yang terbongkar membuatkan rasa bersalah terhadap Zahra begitu membelit tangkal hati Rizal. Sehingga memakan dirinya sendiri. Zahra adalah cahaya dalam hidupnya! Namun, Zahra tetap dengan keputusan untuk mengakhiri perkahwinan mereka yang sia-sia itu! Cahaya yang dulunya menerangi, kini kembali malap. Mampukah Rizal kembalikan semula cahaya yang sering menjadi penyuluh dalam hidupnya?