Menanti Badai Berlalu

Menanti Badai Berlalu

  • WpView
    Reads 4,046
  • WpVote
    Votes 251
  • WpPart
    Parts 18
WpMetadataReadOngoing2h 35m
WpMetadataNoticeLast published Sun, Feb 1, 2026
(Update setiap Ahad, jam 2.00 petang) 𝓜𝓮𝓷𝓾𝓷𝓰𝓰𝓾 𝓹𝓮𝓵𝓪𝓷𝓰𝓲 𝓭𝓲 𝓱𝓾𝓳𝓾𝓷𝓰 𝓹𝓮𝓻𝓳𝓪𝓵𝓪𝓷𝓪𝓷 𝓽𝓪𝓴𝓭𝓲𝓻. Khaira Arisha dan Qiel Al-Hafidz, keduanya bertemu dalam satu keluarga sebagai adik-beradik tiri. Keduanya saling menyayangi walau mereka bukan datang dari darah yang sama. Pemergian Puan Sahila buat selama-lamanya, turut membawa kepada perpisahan antara Qiel dan Khaira. "Aku rasa dah sampai masa untuk aku keluar dari rumah ni." - Qiel Al-Hafidz "Mesti kau terasa hati sangat dengan apa yang ayah cakap hari tu, kan? Ayah tu memang tak ada perasaan!" - Khaira Arisha "Mungkin kau lupa, Ara. Aku bukan keluar sebab pak cik. Tapi sebab aku sedar aku hanyalah anak tiri. Bila ibu dah tak ada, automatik aku dah tak ada kena-mengena dengan keluarga ni lagi." - Qiel Al-Hafidz Mental dan emosi Khaira terdera saban hari mendepani Encik Hafizi. Segalanya meruncing saat Khaira dikejutkan dengan berita bahawa dia akan dikahwinkan dengan Hisham. Apatah lagi Khaira tahu dirinya sekadar dijadikan alat untuk melunas segala hutang ayahnya. Pertolongan Qiel cuba diraih. Lelaki itu bersetuju membantu, namun hingga hari dia akan dibawa ke sempadan Qiel tak juga muncul. Khaira rasa ditipu. Menjadi isteri Hisham, hidup Khaira bagaikan dalam penjara. Seksaan, pukulan, herdikan dan makian menjadi makanan Khaira saban hari. Kerana tidak lagi mampu bertahan, Khaira nekad melarikan diri dari penjara perkahwinannya. Takdir menemukannya kembali dengan Qiel. Tapi Qiel yang ditemuinya bukan lagi Qiel yang sama seperti dahulu. Malu dan segan terpaksa ditolak ke tepi. Kerana dia hanya ada Qiel untuk menariknya keluar daripada hidup yang menyakitkan. (Not edited version)
All Rights Reserved
#192
kasihsayang
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Lelaki Itu Takdirku
  • KIRANA, MY DEAREST (complete ✅)
  • TAKDIR DUA RAHSIA [OG]
  • 𝐌𝐫𝐬.𝐑𝐢𝐲𝐲𝐚𝐝𝐡 𝐙𝐚𝐲𝐲𝐡𝐝𝐢𝐭𝐡 : 𝐇𝐢𝐬 𝐋𝐞𝐠𝐚𝐥 𝐖𝐢𝐟𝐞 [✓]
  • TAKSUB (PBAKL 2019)
  • SAKITI AKU! [ ✅ COMPLETED ]
  • Milik Tuan Megat [𝒞 ]
  • Cinta Tak Harus Memiliki

Lelaki Itu Takdirku. (S1) Update: (Completed) By : Nyff. 2023-28/11/23 "08.09.2020" "Nur Bella Aryel binti Muhd Harel.Aku ceraikan kau dengan talak 1." Tarikh itu tidak akan Bella lupakan dan kisah pahit yang terselindung di sebalik mahligai yang di bina telah menjadikan sebagai peristiwa hitam dalam hidup Bella tiada lansung manisnya sebalik itu dirinya hanya menjadi hamba abdi kepada lelaki yang tidak berguna. Namun demikian Bella tidak tahu ingin mengukap rasa apa disaat perkataan 'cerai' itu tubir dari mulut lelaki yang bergelar bekas suaminya sekarang. Mata nya kosong dan hanya merelakan lafaz cerai melalui gegendang telinganya. Walaupun ia terasa pahit untuk menelan tetapi dia kuatkan diri dan keputusan nya muktamad untuk akhiri kisah mahligai yang di bina bersama.Tetapi lebih tepat lagi ia hanya sampah di mata Bella di layan dengan begitu hina. Tetapi dia juga berasa bersyukur kerana setelah ujian demi ujian yang di tempuh pada akhir dia mampu hadapinya walau kadang terasa sakit dan perit yang tidak mampu diungkap kan pada kata atau tangisan.Hanya Tuhan yang Maha mengetahui segala yang terbuku di lubuk isi hati wanita ini.Bella tahu ujian dari Ilahi bukanlah melemahkan dirinya malah. Dirinya lah yang Allah kuatkan untuk menghadapi cabaran hidup yang lebih mencabar dan ujian yang di beri itu membuatkan diri dia lebih matang dan kuat dari dihimpit rasa takut dan lemah. Bella menyangka bahawa penceraian itu adalah talian terakhir sebelum dia akhiri kisah hidup mereka berdua tetapi rupanya ada udang disebalik batu. Selepas sebulan berlalu setelah kejadian itu satu lagi ujian menimpa wanita ini dimana dia di santau oleh seseorang yang identitinya masih lagi tidak diketahui oleh mana-mana ahli keluarga Bella. ..akan tetapi.

More details
WpActionLinkContent Guidelines