PAPA CEF
  • Reads 914
  • Votes 125
  • Parts 10
  • Reads 914
  • Votes 125
  • Parts 10
Ongoing, First published Sep 01, 2022
Kalau tak kerana persaingan mama dengan ibu... Khaleef tak akan melarikan dirinya ke Sungai Petani. Kalau tak kerana itu, dia tak akan duduk di rumah peninggalan keluarga Noh dan berjiran dengan Aya dan Tiya. Kalau tak kerana itu juga, dia tak jatuh sayang dengan Tiya, budak perempuan yang berusia lima tahun tu!

Lebih-lebih lagi apabila Tiya mula menggelarkan diri Khaleef... PAPA CEF! 

Tapi, panggilan itu tak memberi makna apa-apa kerana Khaleef dengan Tiya... Bukannya ada sebarang pertalian. Untuk jadikan hubungan itu hubungan yang sebenar, Khaleef kenalah berkahwin dengan Aya. Masalahnya, Aya tu... Spicy!

"Orang putih ada cakap tau, mak lang..."
"Cakap apa tu, Khaleef?"
"Marry someone who can cook. Looks go away, hunger does not!"
"Tu dia... Panjangnya. Apa maknanya tu?"
"Memang panjang ayat tu tapi dipendekkan... Maknanya, kahwin dengan saya aje. Habis cerita!"
Terus Aya tarik muka empat belas!

Tapi... Apalah namanya usaha kalau tak berhasil kan? Akhirnya, Aya terima juga Khaleef setelah macam-macam yang Khaleef buat untuk menunjukkan keikhlasannya. Masalahnya, Aya tak tahu... Sebaik aje dia terima lamaran Khaleef, dia akan berdepan dengan banyak lagi cabaran untuk hubungan ini jadi kenyataan!

Bukan aje tentangan daripada mama...

"Janda anak satu tu siapa pula?"
"Ingatkan tak nak tanya tadi. Tak ada siapalah mama. Saja cakap aje. Kenapa? Mama tak okey ke dengan janda anak satu?"
"Tak. Mestilah tak okey!"

Tapi, lebih besar ialah tentangan daripada ayah...

"Call off the wedding. Ayah tak nak kamu jadi bodoh, kahwin dan jaga cucu musuh ayah sendiri. Kamu kan dah tahu apa yang dia dah buat kat ayah... Kenapa kamu nak kahwin juga dengan perempuan tu?"

Mama tak setuju kerana Aya merupakan janda anak satu. Ayah pula tak setuju kerana Tiya merupakan cucu kepada musuhnya sendiri. Jadi, apakah Khaleef akan memilih untuk meneruskannya atau membatalkannya? 

Kerana bahagia itukan... Satu pilihan!
All Rights Reserved
Sign up to add PAPA CEF to your library and receive updates
or
#60ceritamelayu
Content Guidelines
You may also like
You may also like
Slide 1 of 10
TWILY PUASA & RAYA cover
Hello Crush cover
Terjumpa Secara Tak Sengaja. (BBBG & EA)✔️ cover
C || Amaya Edlyn cover
Once Upon A Time : Apabila Cinderella Adalah Lelaki cover
Si Bisu cover
Volume II Remaja cover
sugar mommy  cover
Once Upon A Time : Apabila Prince Charming Sekalian Bertemu cover
Once Upon A Time : Apabila Prince Charming Terencat Emosi cover

TWILY PUASA & RAYA

10 parts Complete

Well, Tahun Lepas Family Along Harash, then this year.. Family Along Ayden pula ya. Hehehehe jom baca macam mana kecohnya hari mereka lebih-lebih lagi dengan kehadiran Hannah di dalam kehidupan Ayden, Hawa dan Haffy ❤️ Selamat membaca dan salam Ramadhan.