Disebalik Nirmala

Disebalik Nirmala

  • WpView
    Reads 16
  • WpVote
    Votes 1
  • WpPart
    Parts 1
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Tue, Sep 13, 2022
"Tangkaplah saya kalau awak boleh".. meniti di bibir, lalu menitis air mata jernih bak mutiara, disambut dengan bayu yang mencium pipi. Ilya berlari ke arah wanita di tebing itu, tatkala segala memori lampaunya berlalu di dalam fikiran bak angin yang berlalu pergi. Tak sempat Ilya menariknya, wanita itu melangkah kebelakang dan melepakan tangannya. Tersenyum seorang gadis lalu memejamkan mata. Badannya yang hampir terhempas ke bumi disambut dengan titisan hujan yang mula menyentuh kulitnya. "Sejuk" bisik hatinya.
Creative Commons (CC) Attribution
#674
friendship
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • [COMPLETED] Bukan Suami Tipikal
  • A² [C]
  • Ya , Sayang ?
  • Mamat Dingin, I Love You! [✔️]
  • Blue Hydrangea (Revision)
  • TI AMO
  • [COMPLETED] Acis Suka Ona Laa!
  • HIPSTER DOWH
  • 『COMPLETED』 Diam - Diam Suka  | K.M.G

"Confirm single?" "H-hah?" Riak muka Ira ketara nampak terkejut dengan soalan yang sangat tiba-tiba itu. Dan kali ini mata Aryan bukan lagi pada android di tangan tapi sedang memanah ke arah mata Ira. Dua mata tertentangan buat seketika. Soalan Aryan beberapa saat lepas dicerna dan dihadam sebelum dia membalas, "Ya, single." "Confirm kau dah ready untuk berkahwin?" Rasa terkejut Ira naik lagi satu tahap. Sudah punya kerja yang agak stabil sebagai seorang engineer ditambah pula dengan umur yang menganjak ke angka dua puluh tujuh pada 31 Ogos lepas, ibu dan ayah rasa dia dah sesuai untuk berkahwin. Dan dia tak menolak pun saranan orang tuanya itu. Rasanya dia dah bersedia err... kot...? Bila Ira dilihat seperti mengelamun tanpa menjawab soalan tadi, Aryan bertanya lagi buat kali kedua. "Confirm... kau... dah ready... untuk... berkahwin?" Mungkin dia fikir Ira tak dapat mendengar dengan baik soalan pertama tadi jadi soalan kali ini disusun sepatah-sepatah. Muka manusia yang langsung tak ada senyum itu direnung dalam-dalam. Sambil dalam otak mula merangka apa jawapan yang mahu diberikan. Fikir punya fikir akhirnya dia menjawab, "Ya." Aryan tarik nafas panjang sebelum dihela bebas. "Okey..." Smartphone berjenama Samsung diletak atas meja depan dia. Kedudukan kaki dibetulkan. Dari bersandar tenang, tubuhnya diubah ke posisi menegak. Mata Ira dia tatap. "Okey, babak blind date dah settled. Kau dah tengok aku. Aku dah tengok kau. Kau single, aku single. Kau tak nampak macam nak membantah dan aku pun tak terfikir untuk membantah jadi... bulan depan ikut plan our family 26 November kita nikah." Kata Aryan seraya berdiri dari kerusi. Smartphone diambil dan dimasukkan ke dalam poket seluar lalu berpaling ke belakang. Sebelum menapak ke arah pintu rumah dia menokok, "Thanks and dismiss." "Uh-oh!!? Macam tu je? Like seriously!?" ***

More details
WpActionLinkContent Guidelines