[ 𝐑𝐨𝐦𝐚𝐧𝐜𝐞 𝐬𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 ] On going. "Saya suka lah tengok korang main alat-alat muzik ni. Lagi-lagi yang main drum tu." "Oh yang tu Erzan namanya. Position dia memang main drum dalam busker band kitorang." Mendengar sahaja sebaris nama pendek itu menerobos masuk ke dalam gegendang telinganya, terus Arabella melorekkan senyuman lebar. Mata tunak memerhati tubuh tegap lelaki itu yang sedang membelakanginya. "Kenapa kau ikut aku?" Soalan itu dilontarkan kepada Arabella oleh lelaki bernama Erzan itu. Arabella yang dari tadi mengekori langkahnya hanya diam sebelum cepat-cepat gadis itu berdiri di sebelah tubuh tegap itu. "Saja. Saya nak kawan dengan awak boleh?" Diam. Persoalan Arabella hanya dibalas keheningan oleh lelaki itu. Malah, selamba sahaja lelaki itu mengatur langkah sedikit dengan kadar yang laju. Seperti ingin meninggalkan Arabella. Namun, itu tidak membuatkan Arabella putus asa dalam mengejar lelaki itu. "Saya sebenarnya kan, selalu nampak awak termenung sorang-sorang. Awak ada masalah? Boleh cerita dengan saya." "Rose, kau rasa hina ke jadi busker?" Pada ketika itu, sedikit banyak kehidupan tentang Erzan diketahui oleh Arabella. Rasa simpati menampar di hatinya saat mendengar bahawa ibu kandung Erzan sendiri menyimpan rasa benci terhadap lelaki itu. Oleh sebab itu, Arabella bertindak melontarkan satu soalan. "Boleh saya tahu kenapa ibu awak benci kat awak?" "Sebab aku teruk. Aku manusia tak guna." '𝐈 𝐭𝐡𝐢𝐧𝐤 𝐈'𝐦 𝐢𝐧𝐭𝐞𝐫𝐞𝐬𝐭𝐞𝐝 𝐢𝐧 𝐲𝐨𝐮' [ Romance + Action ] START : 25 Sept 2022 END : Warning! { Contains harsh words } ⚠️ { Plagiarism is not allowed } ⚠️
54 parts