Sinopsis "Masa silam saya teruk. Saya bukan lagi anak dara, Tan Sri." - CHEMPAKA "You are my first love, Chempaka. I don't care if you're a virgin or not. All I know is that I want you. Full stop." - TAN SRI HANS ABRAR Sejak kali pertama melihat Chempaka, hati Hans berdetik, 'maybe she is the one.' Kelam kabutnya Chempaka buatkan dia tertarik. Gadis itu ada sesuatu yang disorokkan. Gadis itu penuh emosi. Nekadnya Hans mahukan Chempaka membawa mereka ke alam rumahtangga. Rumahtangga yang dibina dilayari dengan penuh bahagia. Cinta mula berputik di hati Chempaka. Namun, lelaki yang pernah ada dalam hidup Chempaka suatu ketika dulu muncul kembali. Dia mahu menebus kesalahannya yang merosakkan hidup Chempaka. "I want you back. I akan bertanggungjawab atas segalanya." - ZARITH "Semuanya dah terlambat. Aku tak perlukan kau." - CHEMPAKA Tidak boleh secara baik, dia berpakat dengan ibunya menggunakan taktik kotor untuk merampas Chempaka dan mendapatkan harta Hans. Bagaimanakah rumahtangga Hans bersama Chempaka? Bertahan atau tersadai sepi setelah dilanda badai?