Kembalinya Bahagia
  • Reads 57
  • Votes 3
  • Parts 2
  • Reads 57
  • Votes 3
  • Parts 2
Ongoing, First published Sep 16, 2022
MENERIMA cinta Tengku Hadi Erwansha adalah satu keputusan yang salah dibuat oleh Mihra. Statusnya dengan lelaki itu memang berbeza. Tapi Mihra sangkakan semuanya akan baik-baik saja kerana kuasa cinta mendahului segala-galanya. Ternyata Mihra salah. 

"AKU tak nak simpan perempuan murahan ni dalam hidup aku lagi! Memalukan nama baik aku aje ada bini macam dia. " -TENGKU HADI ERWANSHA

PEREMPUAN murahan yang dilabel inilah yang pernah dilontarkan kata-kata cinta dan janji. Tengku Hadi tidak menepati janjinya. Dia membuang Mihra dalam hidupnya begitu saja. 

TERBIT kebencian di hati Mihra buat Tengku Hadi sehinggakan tiada lagi ruang kemaafan. Tetapi lelaki itu bijak dalam manipulatif. Sekali lagi Mihra menjadi mangsa penipuannya. Namun kali ini berbeza kerana ada nyawa yang menjadi bayarannya. 

"KALAU bukan disebabkan awak, dia takkan mati, Hadi! Apa yang awak nak sebenarnya daripada saya? Apa? Tak puas lagi ke awak seksa hidup saya, Hadi? Tak puas lagi ke awak tengok saya menderita? " -MIHRA FAREEHA

TENGKU Hadi sesal akan dirinya sendiri. Jika dulu Mihra memang bencikannya, kali ini kebencian itu memang betul-betul dalam. Ruang kemaafan itu memang sudah tertutup sepenuhnya. Mihra takkan beralih lagi memandangnya. 

"JIKA ada sedikit ruang lagi untuk abang, boleh Mihra bagi abang peluang untuk kembalikan kebahagiaan kita semula? " -TENGKU HADI ERWANSHA

"APA yang awak harapkan daripada saya selepas awak hancurkan segala-galanya, Hadi? Awak ingat dengan kemaafan akan kembalikan semula semuanya yang awak dah musnahkan? Luka yang awak tinggalkan itu, akan pulih seperti itu saja? " -MIHRA FAREEHA

TIDAK semudah itu Mihra akan menerima Tengku Hadi lagi. Cukuplah penderitaan yang dia hadapi sebelum ini dengan memberi Tengku Hadi peluang untuk masuk ke dalam hidupnya semula. 

TETAPI Tengku Hadi tidak menyerah kalah. Sifat itu memang sudah lama termaktub dalam dirinya. Mampukah bahagia itu kembali?
All Rights Reserved
Sign up to add Kembalinya Bahagia to your library and receive updates
or
Content Guidelines
You may also like
HANYA INGIN KAU TAHU (SLOWWWW UPDATE) by msroses_
39 parts Ongoing
4th story 🤍 Haris Wafi - Perwatakannya jauh panggang daripada api dengan maksud namanya. Pelindung yang setia? Tidak. Itu bukan dia. Nak melindungi siapa? Wanita? Tak mungkin. Bagi dia wanita cumalah alat untuk dia bersuka ria. Yang setia? Jauh sekali. Dalam kamus hidupnya tidak pernah wujud perkataan setia. Nur Nisrina - Maksud namanya sangat melambangkan perwatakan si pemilik nama. Cahaya sang mawar putih. Terdidik elok dengan didikan agama yang cukup menjadikan dia bagaikan sekuntum mawar putih yang tidak pernah ternoda. Yang sukar digapai oleh sesiapa. "Tuan Haris, apa kata tuan bayar je denda tu.. Tuan kan banyak duit?" - Nur Nisrina "Aku memanglah ada duit, kau ada duit ke?" - Haris Wafi "Err, kalau saya pinjam dengan Tuan Haris, boleh ke?" - Nur Nisrina "No!" - Haris Wafi "Habis tu, takkan Tuan Haris nak kahwin dengan perempuan kampung macam saya?" - Nur Nisrina "Why not?" - Haris Wafi Haris dan Nisrina, Mereka bagai langit dan bumi sehingga penyatuan mereka seolah-olah tidak masuk akal. Bagi Haris, perkahwinan ini cumalah satu pampasan yang perlu dibayar kepada wanita itu. Bagi Nisrina, perkahwinan ini adalah antara lipatan takdir yang Allah telah susun untuknya. Pampasan apa yang perlu dibayar oleh Haris sehingga bayarannya adalah perkahwinan? Rahsia apa yang cuba disembunyikan daripada pengetahuan Nisrina? Dalam pada Haris mencuba memperbaiki diri untuk menjadi pelindung yang setia, Nisrina menarik diri daripada menjadi sang mawar putih milik si jejaka. "Tuan tak pernah layak untuk jadi pelindung saya.." - Nur Nisrina "But you are my white roses.." - Haris Wafi
The Unbreakable Love : Hazeem Hayder | C by fiqalynaaa
73 parts Complete
( spin-off The Hidden Lies. ) Hazeem Hayder | Tengku Aysha Hanisah Selepas beberapa tahun menderita dan berduka, Tengku Aysha akhirnya mengambil keputusan untuk beralih dari kemalangan tragis yang meragut nyawa seseorang yang istimewa baginya, Hazeem. Tengku Aysha berjaya membina kehidupannya dalam dunia fesyen selepas mengambil alih butik uminya. Kehidupannya berawal dengan sempurna dan lancar. Walaupun hidupnya kini kembali seperti sedia kala, hatinya masih lagi tertutup untuk orang baru. Namun takdir menemukan dia dengan seorang lelaki misteri yang wajahnya saling tidak tumpah seperti Hazeem. "Nama aku Hayder. Just call me Encik Hayder." - Hayder Dia bukan Hazeem, namanya Hayder. Ya, Hayder. Persis seperti nama Hazeem. Namun kelakuan dan sikapnya juga berbeza dari Hazeem . Jika Hazeem seorang yang ceria dan pemalu, Hayder pula seorang yang dingin dan penyombong! Ingatkan dah tak berjumpa dah. Tapi dah kalau jodoh, pasti tak ke mana kan? Rupa-rupanya Hayder lelaki yang bakal dijodohkan dengan Tengku Aysha. Sekali lagi kalau bukan jodoh tak ke mana, mereka berjumpa di rumah jagaan anak yatim yang diasas oleh Hayder sendiri selepas Tengku Aysha melarikan diri di hari pernikahan mereka. Hayder yang tidak berpuas hati dengan Tengku Aysha kerana gadis itu melarikan diri semasa hari pernikahan mereka, mula berniat untuk mengusik gadis itu. Tengku Aysha pula masih ragu-ragu dengan identiti sebenar Hayder. *** "So you're Hazeem? Hazeem Hayder?..." - Tengku Aysha "Mulai hari ini, saya takkan ganggu awak lagi. Saya lepaskan awak... dengan sepenuh hati." - Hazeem Hayder Selepas rahsianya mula terbongkar, dia terpaksa melepaskan gadis yang dicintainya itu demi keselamatan dia. Dapatkah mereka bersatu kembali? You are my unbreakable and unforgottable love, Tengku Aysha Hanisah. Start : 24 may 2024 End : 22 Januari 2025
You may also like
Slide 1 of 10
AFTER LOVE cover
AFFAN_ADRA | In Editing cover
Sempurnakan Cinta Kita | C cover
Another Cinderella Story cover
TOLONG CINTAI AKU cover
HANYA INGIN KAU TAHU (SLOWWWW UPDATE) cover
Duri di antara kita | OG cover
Dia Amanah Buatku | OG cover
The Unbreakable Love : Hazeem Hayder | C cover
MY HUSBAND [C] EDITED cover

AFTER LOVE

29 parts Ongoing

Dia bunuh suaminya sendiri saat bulan madu mereka. Tetapi bertemu dengan lelaki itu kembali selepas tiga tahun. . . . Dia korbankan semuanya untuk mengahwini wanita itu dan akhirnya hampir mati di tangan wanita itu juga. Setelah tiga tahun, dia culik anaknya sendiri untuk membuat hidup wanita itu menderita. "Aku terima nikahnya Salwa Zakiyah dengan sekeping hati ditikam mati." "Terima kasih dah khianati suami kau sendiri.."