Surat Senja Untuk Bunga [ EBOOK ]

Surat Senja Untuk Bunga [ EBOOK ]

  • WpView
    Reads 42
  • WpVote
    Votes 3
  • WpPart
    Parts 17
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Fri, Sep 11, 2026
WpInfo
Fiction
Romance
First Love
Social Themes
Naura Alys tidak suka banyak hal dalam hidupnya. Semua yang terjadi selama ini sebenarnya bukanlah kemahuannya. Sama ada dia cuba berdamai dengan takdir Tuhan atau... cuma kemahuan ayahnya. "...Percayalah, awak akan okay. Anggaplah awak bunga, diabaikan, ada yang tak kisah, ada yang pijak, ada yang kutuk, ada yang membandingkan atau apa saja keadaan masa tu tapi dia tetap tumbuh dan mekar. Untuk orang-orang yang akan hargai dia, cari dia dan kagumi dia..." - Haqim Kehadiran Muhammad Haqim dalam hidup Naura banyak memujuknya dengan 'ayat manis' buatkan dirinya banyak berfikir tentang hidup sendiri. Keselesaan di antara mereka membawa pada termeterai sebuah pertemanan. "Kalau awak nak berkawan... Boleh tapi dengan satu syarat. Kita berdua tak boleh ada apa-apa perasaan antara satu sama lain. Janji?" - Naura "Janji." - Haqim Tapi pada Haqim, dia sudah pun memungkiri sebelum ada permintaan janji itu. Ya, dia menyukai Naura dari awal. Menjadi teman cuma langkah awal sebelum meluah isi hatinya. Gadis yang sudah dianggap seperti bunga yang mengharumkan hidupnya yang dah macam pasu pecah. Namun acap kali juga dia fikir bahwa dia tidak layak untuk disukai oleh Naura. "Mana boleh bunga macam dia hidup dekat tanah mati, pasunya pula banyak retak..." - Haqim. Apa saja yang dia boleh tawarkan untuk bunga seindah itu? Cuma origami bunga yang mampu dia lipat dan beri setiap hari untuk 'bunga'nya. Ya, perkara sekecil itu saja buat Naura suka. Setiap hari dia menanti origami bunga daripada Haqim tanpa dia tahu, ada sesuatu di dalam origami bunga itu yang menanti Naura. Sehingga hari yang segala-galanya hilang termasuk Haqim juga tidak lagi muncul kerana silap Naura sendiri. Adakah sesingkat itu Muhammad Haqim dalam hidup Naura Alys? Atau memang sengaja Haqim menghilangkan diri kerana keadaan hidupnya yang tidak sempurna itu akan melukai 'bunga'nya?
All Rights Reserved
#2
youngadult
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • WANITA TUAN GHAZRIL
  • The Fatih's Court
  • Skate To Escape
  • SEBELUM KITA (C)
  • KESEMPATAN KEDUA
  • Pelan Cinta #1
  • 𝐓𝐡𝐞 𝐏𝐞𝐫𝐟𝐞𝐜𝐭 𝐅𝐚𝐢𝐭𝐡 [𝐂]
  • Permission to Fall, Prof!
  • 𝐓𝐞𝐦𝐚𝐧 𝐁𝐚𝐡𝐚𝐠𝐢𝐚 | C
  • Forever Isn't Long Enough

Tuan Ghazril Mikail, si duda terlajak usia yang selalu berwajah masam. Gelaran hot and spicy diusia 39 tahun itu adalah yang tepat untuk Ghazril. Pendek kata, dia adalah lelaki yang sempurna di mata wanita. "Dah 7 tahun kamu menduda, Ghaz. Fikir-fikirkanlah mana yang terbaik." ―PUAN SRI MAISARAH "Pintu hati ni dah tutup serapat-rapatnya. Takkan ada sesiapa yang boleh isi tempat Suri." ―GHAZRIL MIKAIL Dinginnya Ghazril berbicara tentang membina mahligai baru membuatkan Puan Sri Maisarah buntu untuk memujuk anaknya lagi kerana dalam diam, Ghazril tetap setia menjadi perindu pada arwah isterinya, Suri Sophea. "Oh, my gucci! Sejak bila dunia ni ada uncle yang segak dan kacak macam ni!" ―SEROJA MIKAYLA Cinta tak mengenal usia, kalau tidak takkanlah seorang gadis yang bernama Seroja Mikayla begitu berani menyatakan hasratnya tulus mencintai lelaki seperti Ghazril Mikail. "Apa yang susah sangat awak nak terima hakikat ni? Saya ni duda anak satu, umur pun dah terlajak!" ―GHAZRIL MIKAIL Namun Ghazril tegas menolak, bahkan perbezaan jarak usia mereka hampir 18 tahun itu membuatkan dia menolak mentah-mentah cinta dari gadis itu. Bagi Ghazril, perempuan itu terlalu kebudak-budakkan dan terlalu mencabar kesabarannya! "Tapi Seroja betul-betul dah cintakan, uncle! Takkan semudah itu Seroja nak mengalah? Cuba uncle bagi ruang pada Seroja untuk buktikan. Manalah tahu kita ada jodoh?" ―SEROJA MIKAYLA Kata orang cinta boleh dipupuk, tak mustahil dengan izin Tuhan cinta itu akan hadir tanpa dipinta. Dan sekelip mata cinta itu juga telah merubah sekeping hati seorang Ghazril Mikail. "Saya dan awak mampu bahagia, Allah yang buka pintu hati saya dan Allah juga yang hidupkan rasa cinta itu dalam hati saya." ―GHAZRIL MIKAIL Perkahwinan yang disangka membawa bahagia cumalah sekadar pinjaman, kebenaran yang terbongkar melukakan hati Seroja. Siapakah Ghazril sebenarnya? Semudah apa rintangan hidup mereka?

More details
WpActionLinkContent Guidelines