Sambungan Isteri Tuan Yusuff/ Heartless Love
Hujan tak berguna lagi bagi pohon yang mati.
"Tak pandai jaga anak ke? Anak melalak di biarkan macam orang bodoh?"
Asiah seakan hilang punca. Semakin hari perangai dan sikap Yusuff berubah menjadi dingin. Kemesraan dahulu perlahan-lahan menghilang dibawa angin lalu. Beginikah rasa dicintai lelaki kacak seperti Yusuff? Lelaki yang diagungkan dan dikejar sehingga sanggup membuang maruah diri, akhirnya memakan diri.
Kadang kala, Asiah merasa kebahagiaan selama ini yang dikecapi hanyalah sementara semata. Disaat diuji dengan ujian paling berat kerana kehilangan insan yang paling disayangi, Asiah jatuh terduduk. Gelap dunianya. Namun, suaminya tetap bersamanya memberi semangat untuk meneruskan hidup meskipun lama kelamaan sikap itu kembali dingin.
Ujian hidupnya tidak berakhir di situ, mahligai mereka berantakan dan retak seribu kerana orang ketiga, iaitu bekas tunang suaminya. Zulaikha menuntut semula haknya, katanya dia berhak merampas semula bekas tunangnya kerana dahulu Asiah merampas Yusuff daripadanya. Asiah menjadi nanar, namun dia sedar dia layak terima dugaan ini kerana khilafnya dahulu.
"Kenapa kau tak larang aku?" - Yusuff
"Saya reda, abang. Saya sedar diri dan saya terima hukuman Allah. Semoga abang bahagia bersama perempuan yang abang cintai." - Asiah
"Kau pasti kau boleh reda? Kau pasti kau boleh reda bila hati ni, aku bagi hanya pada dia? Kau pasti kau boleh reda bila tiap malam aku dan dia bersama? Kau pasti kau boleh reda semua tu?" -Yusuff
"Ya, saya reda..." -Asiah
Asiah pasrah. Jika Yusuff melepaskan dia sekalipun, dia akan terima. Hatinya benar-benar hancur. Tiada rasa untuk bersedih mahupun bahagia. Hidupnya kosong, semangatnya juga meruntuh. Hadir pula Sean, kembar Yusuff mahu menggapai tangannya. Namun, dia menolak. Hatinya hanya satu, dan hanya nama Seif Zelan Yusuff saja tertanam hingga hujung nyawanya.
Cover by @PutraRize_
Wajah kaku dan dingin milik seorang Hilman Aydan ternyata memiliki luka yang amat dalam..Seakan dirinya tidak peduli tapi antara semua dialah yang paling tersakiti dan sensitif..Perwatakannya yang kasar hanyalah bentuk tembok penghalang agar tiada sesiapa mengetahui akan apa yang dia rasakan selama ini..
Saat jiwanya memberontak tapi jasadnya kaku dan menghalang dirinya dari bertindak..Marah dan kecewa telah lama dirinya pendam..Bahkan saat dirinya disakiti dia boleh bertindak seakan dirinya tidak tersakiti sama sekali. Saat dirinya hampa dan terasa sangat kosong takdir kemudian mempertemukan dirinya dengan Neya Adriana..Ada sesuatu yang mengusik jiwanya saat melihat Neya buat pertama kali..Indah..Tangisnya terlihat indah..Seakan menperkatakan sesuatu yang tidak masuk akal tapi Hilman rindu akan sebuah tangisan...Tangisan yang menyimpan penuh luka...Tangisan yang takkan pernah mampu dia keluarkan..
Entah apa yang telah terjadi kepada Neya Adriana dan entah apa yang telah dilalui oleh Hilman Aydan...Namun Hilman dapat melihat Neya sebagai versi dirinya yang selama ini dia tutupi..
Kekecewaan,kehilangan,kerinduan dan rasa diabaikan adalah bentuk luka yang selama ini dia simpan sebaik mungkin..Namun hal yang dia simpan ternyata memakan dirinya sendiri..Akankah Hilman berjaya membuka lukanya lagi?? Akankah dia memaafkan dan menerima semua yang terjadi?? Akankah Hilman berjaya berdamai dengan dirinya sendiri??
Kisah ini adalah kisah author yang ketiga..Sila baca S1 dan S2 agar dapat memahami jalan cerita yang disampaikan..
Karya Rosseanne
Neya Adriana S1 (Complete)✅
Alana Naira S2 (Complete)✅
Hilman Aydan S3 (Ongoing)