Sambungan Isteri Tuan Yusuff/ Heartless Love
Hujan tak berguna lagi bagi pohon yang mati.
"Tak pandai jaga anak ke? Anak melalak di biarkan macam orang bodoh?"
Asiah seakan hilang punca. Semakin hari perangai dan sikap Yusuff berubah menjadi dingin. Kemesraan dahulu perlahan-lahan menghilang dibawa angin lalu. Beginikah rasa dicintai lelaki kacak seperti Yusuff? Lelaki yang diagungkan dan dikejar sehingga sanggup membuang maruah diri, akhirnya memakan diri.
Kadang kala, Asiah merasa kebahagiaan selama ini yang dikecapi hanyalah sementara semata. Disaat diuji dengan ujian paling berat kerana kehilangan insan yang paling disayangi, Asiah jatuh terduduk. Gelap dunianya. Namun, suaminya tetap bersamanya memberi semangat untuk meneruskan hidup meskipun lama kelamaan sikap itu kembali dingin.
Ujian hidupnya tidak berakhir di situ, mahligai mereka berantakan dan retak seribu kerana orang ketiga, iaitu bekas tunang suaminya. Zulaikha menuntut semula haknya, katanya dia berhak merampas semula bekas tunangnya kerana dahulu Asiah merampas Yusuff daripadanya. Asiah menjadi nanar, namun dia sedar dia layak terima dugaan ini kerana khilafnya dahulu.
"Kenapa kau tak larang aku?" - Yusuff
"Saya reda, abang. Saya sedar diri dan saya terima hukuman Allah. Semoga abang bahagia bersama perempuan yang abang cintai." - Asiah
"Kau pasti kau boleh reda? Kau pasti kau boleh reda bila hati ni, aku bagi hanya pada dia? Kau pasti kau boleh reda bila tiap malam aku dan dia bersama? Kau pasti kau boleh reda semua tu?" -Yusuff
"Ya, saya reda..." -Asiah
Asiah pasrah. Jika Yusuff melepaskan dia sekalipun, dia akan terima. Hatinya benar-benar hancur. Tiada rasa untuk bersedih mahupun bahagia. Hidupnya kosong, semangatnya juga meruntuh. Hadir pula Sean, kembar Yusuff mahu menggapai tangannya. Namun, dia menolak. Hatinya hanya satu, dan hanya nama Seif Zelan Yusuff saja tertanam hingga hujung nyawanya.
Cover by @PutraRize_
KARYA PERTAMA
Arash Arjuna, seorang pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang disenangi ramai kerana akhlaknya yang murni. Dia diberikan didikan agama yang mencukupi tetapi setiap insan pasti mempunyai kekurangan tersendiri.
Aleeya Mikayla, dia bekerja sebagai seorang pakar bedah jantung yang cemerlang. Dia dikurniakan keluarga yang bahagia pada mulanya tetapi berubah sekelip mata kerana satu tragedi hitam yang melanda keluarganya.
"Saya memang hidup hanya untuk dipersalahkan ke? Saya tak mampu nak hadap." - Aleeya Mikayla
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." - Arash Arjuna
-
"Mungkin kau adalah jawapan pada semua doa yang aku langitkan." - Arash Arjuna
"Saya tak sebaik yang awak fikirkan. Saya pun benci diri saya apatah lagi orang lain?" - Aleeya Mikayla
Apa yang akan terjadi di antara mereka selepas ini?
⚠ cliche
⚠ typo di mana-mana
⚠ DILARANG PLAGIAT
Start - 27/9/2024
End -