Hadir Kembali Cinta (Slow Update)

Hadir Kembali Cinta (Slow Update)

  • WpView
    Reads 758
  • WpVote
    Votes 23
  • WpPart
    Parts 3
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Thu, Jan 25, 2024
Apa kata hati, saat cinta mula menepi tatkala, rindu mula bertamu? Apa kata jiwa, pabila kenyataan merenggut kepercayaan di sanubari, memusnahkan janji yang telah termeterai? Masih wujudkah kata cinta di hati ketika kepercayaan yang diberi setulus hati direnggut tanpa belas kasihan? "Mungkin kita dijodohkan oleh manusia tapi takdir tak menjodohkan kita. Bohong kalau saya kata saya tak pernah marahkan awak. Tapi... Siapa saya untuk menidakkan takdir Tuhan."- Afra. "Jujur saya katakan, saya masih berharap hubungan kita akan kembali macam dulu. Saya harap masih ada peluang untuk saya perbaiki semula apa yang telah saya musnahkan."- Emran. Afra yakin pada takdir Tuhan. Takdir yang menyatukan dan takdir juga yang memisahkan. Dan pastinya bagaimana perjalanan takdir itu terbentuk pada hujungnya, Afra percaya ada hikmah. "Waktu aku bersetuju untuk ikat tali pertunangan dengan Sumayyah. Nama Afra dah terkikis dari hati aku."-Kausar. KAUSAR. Tatkala, kesempurnaan dirinya sudah tidak seperti orang lain. Masih layakkah untuk dia mengharapkan pada cinta pertama yang baginya tidak ubah seperti sebuah epilog tanpa prolog. Kisah yang tidak pernah dimulai tetapi sudah usai tanpa tinta tamat. "Sampai bila kau nak tipu diri kau sendiri? Aku tahu pertunangan kau dengan Sumayyah terwujud bukan atas dasar cinta tapi atas dasar ihsan seorang manusia."- Emran. "Kalau pun semua tu betul. Kau rasa... Orang macam aku layak ke untuk bahagia?"- Kausar. "Bahagia tu pilihan yang bersandarkan keredhaan Tuhan. Kenapa awak nak nafikan perasaan sendiri kalau itu hanya akan menambah penderitaan?"- Afra. Tekad Afra hanya satu. Dia ingin mewujudkan kembali kisah cinta mereka yang tidak sempat bermula. Namun, berjayakah Afra menepis penolakan demi penolakan Aisar tatkala, dia cuba untuk menawan semula hati jejaka tersebut? Dan benarkah sudah tiada Afra di hati Aisar?
All Rights Reserved
#1
heart
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • BUKAN AKU YANG KAU CARI
  • Aryanna Sufya
  • Dia Kunci Kepada Pintu Hatiku [C]
  • Terima Kasih Derita [TERBIT]
  • Takdir Cinta Arisa
  • Tepat Memiliki
  • Istimewa Kasih Sayangmu [Complete]
  • Waiting Love
  • DUDA [Dia Untuk Diri Aku]

Aira Zahra hidup sebatang kara selepas kematian ahli keluarganya kerana ada yang tidak berpuas hati dengan keluarga Aira. Aira hidup sebatang kara selepas itu dengan menumpang kasih rumah kawan baik lelakinya. Akibat dia terlalu lama menumpang disana, dia terjatuh hati pada kawan lelakinya, Zafran Hazim. Tapi ditolak kerana sudah mempunyai perempuan yang dicintainya. 1 tahun Aira melarikan dirinya ke luar negara untuk memulihkan hatinya dari semua perkara. Selepas kepulangannya ke tanah air, dia memilih untuk duduk dirumah milik kawannya lagi. Zafran mula jatuh hati pada Aira dan cuba mengambil hatinya. Belum sempat dia mencuri hati Aira. Abangnya sudah memikat hati Aira dan melamarnya. Zafran rasa tercabar dengan abangnya. Saya tahu awak masih cintakan saya Aira. - Zafran Hazim. Jangan ungkit kisah lama, sekarang saya dah bahagia dengan abang awak, Haikal. - Aira Zahra. Akibat kata-kata Aira terlalu goreskan hati Zafran. Zafran buang Haikal dari keluarga dan tak pernah anggap Haikal sebagai abang. Kita ni adik-beradik, jangan nak hancurkan semata-mata kerana seorang perempuan. Jangan berfikiran cetek! - Haikal Zarif. Aira, please Aira jangan tinggalkan saya! - Zafran Hazim. Pergi Zafran pergi, selama ni aku hidup bukan untuk kau. Bukan aku yang kau cari. - Aira Zahra. Dapatkah Zafran mencuri hati Aira kembali? Adakah hati Aira masih untuk Zafran? Bolehkah Zafran menerima takdir? Adakah Aira akan kembali kepada Zafran? Atau tetap bersama Haikal? Mampukah Zafran mengharungi semua ini? Mampukah dia?

More details
WpActionLinkContent Guidelines