[SHORT STORY] "Aku benci kau!" "Aku pun benci kaulah, perempuan!" Mereka tidak pernah berdamai. Setiap hari ada saja pergaduhan daripada mereka. Seorang suka mengusik, seorang lagi pantang diusik. Satu kelas sudah terbiasa dengan perangai mereka berdua. Manakala guru-guru semakin pusing memikirkan karenah mereka berdua. Kelas lain pula asyik melaporkan kepada guru disiplin akibat terganggu dek suara lantang mereka berdua bergaduh mulut. Setiap subjek mereka akan bergaduh. Bukan tidak menghormati guru tetapi mereka tidak boleh pisahkan antara belajar dan privasi. "Dialah ketua talam dua muka!" "Eh, eh! Cakap orang. Kau tu yang ketua segala muka!" Percaya atau tidak, akhirnya mereka jatuh suka. Salah seorang menyukai seorang lagi tetapi dia ditolak dengan kejam. Apa boleh buat? Mereka merupakan musuh. Dan selamanya akan menjadi musuh. Suasana di antara mereka berubah dingin. Itu semua menjadi tugas kawan-kawan sekelas mereka. Berjaya atau tidak mereka menyatukan mereka berdua? Kalau nak tahu, bacalah! Selamat membaca! Mula: 26-2-23 (Ahad) Tamat: 2-3-23 (Khamis) Mula publish: 6-3-23 (Isnin)
6 parts