Husna Qaisyah ada kembar. Begitu juga Junaidi.. Husna sukakan Junaidi. Sebaliknya Junaidi sukakan Hasna, kembarnya. Manakala Junaidil, kembar Junaidi menyukai Hasna. Sedangkan Hasna bersetuju untuk berkahwin dengan Junaidi kerana keberanian lelaki itu yang datang melamarnya. Kisah cinta mereka bersegi-segi. Husna patah hati bila Junaidi menikahi Hasna. Pun Junaidil yang terlambat kerana tidak punya keberanian mengungkapkan sebuah cinta kepada Hasna. Jadilah Husna dan Junaidil sama-sama dilanda patah hati. Dari kurang kenal, mereka menjadi kenal. Dari rasa tidak berapa suka menjadi suka. Rupanya jodoh mereka tak berjarak jauh..