Dari kemahuan ingin menambah kosa kata, penulis membaca pelbagai jenis bahan bacaan, menonton video dan memerhati persekitarannya.
Ternyata bahasa itu hidup.
Penulis menemui pelbagai perkataan aneh, langka dan bombastik, yang tidak mungkin digunakan dalam kehidupan seharian. Perkataan-perkataan ini banyak terdapat dalam karya sastera. Tetapi, dalam keadaan tertentu, perkataan ini hadir sebagai bahasa basahan.
Ini ialah situasi menarik dan penulis mahu mengumpulkannya di sini supaya perkataan ini lebih subur penggunaannya.