Kisah ini berawal ketika SMA Cempaka melakukan aktiviti sambutan Hari Raya Idulfitri yang membuat seorang gadis bernama Jihan jatuh hati dengan seorang lelaki yang bernama Radja. Lelaki itu juga bertepatan menjadi salah satu host ataupun pembawa acara majlis tersebut. Hal itu membuat Jihan diam diam telah jatuh hati kepada Radja secara tidak sengaja.
Radja Aditya,seorang lelaki yang tampan dan nyaris sempurna. tubuhnya yang tegap,badannya yang tinggi,alisnya yang tebal,hidungnya yang mancung serta suaranya yang garau membuat ramai gadis terpikat dan tergila gila padanya. Ditambah lagi jawatan ketua osis yang dipegang oleh Radja membuatkan Radja lebih dikenal oleh banyak orang di sekolah itu. Tetapi hanya satu kekurangan yang ada pada lelaki itu yang tidak orang lain ketahui,iaitu penyakit Asthmanya.
Berbeda dengan Jihan Arafah,seorang gadis yang berkacamata dan mempunyai jiwa yang terkesan humoris. Terkenal paling riang diantara sahabatnya yang lain. Namun begitu,Jihan juga mempunyai hati yang lembut dan gadis itu sangat suka membantu orang kesusahan walaupun sikapnya tergolong sedikit menyebalkan.