Switched

Switched

  • WpView
    Reads 4
  • WpVote
    Votes 0
  • WpPart
    Parts 1
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Sun, Jan 11, 2026
Adele Kaede- Siapa je tak kenal dengan Adele Kaede...Seorang gadis yang anggun menawan berdarah kacukan tetapi berhati dingin.Suaranya yang lembut,rambutnya yang perang selembut sutra dengan mata biru yang mempesonakan mampu memukau sesiapa sahaja.Namun,gadis bukan sebarang gadis...pantang dicabar habis berkecai kepala dibuatnya.Khabar angin mengatakan dia ni bukanlah seseorang yang boleh dibawa bincang sebab dunia gelap memang dah sebati dengan dia.Yelah....dah anak mafia,takkanlah dia jenis yang berlemah lembut.Dia lebih rela memegang senapang dari 'blusher' untuk mengisi masa lapangnya. Arash Arfan- Seorang jejaka yang tegas dan berani.Dengar sahaja nama ini diseru,pasti kegelapan akan mula berlari.Imam muda ini tidak pernah gentar walau siapapun lawannya samada musuh itu lebih hebat dan kuat atau lebih tangkas dari dirinya.Imannya juga tetap kukuh dan kalis dengan segala jenis godaan.Ketegasannya dalam menegakkan kebenaran mampu menakutkan para manusia yang tetap terjerumus ke dalam lembah dosa.Bukan itu sahaja,dia juga mempunyai daya tarikan dari segi rupa parasnya yang tersendiri.Dengan matanya yang berwarna hazel dan mempunyai iras 'ala jejaka korea' mampu memikat hati para gadis hanya dengan sekali pandang.Ingat imam tak boleh hensem ke? Pertemuan mereka tidaklah seindah yang disangka.Di awal pertemuan mereka,Adele hanyalah seseorang halangan bagi Arash untuk terus berdakwah dan berjihad untuk mencari ilmu yang halal.Walaupun begitu, Arash tetap bersabar dengan karenah dan sikap Adele.Pada mulanya,Arash hanya menunjukkan identiti yang lemah lembut demi berdakwah untuk Adele agar dapat mencairkan hatinya yang keras itu untuk tertarik dan menerima ajaran agama yang dibawanya.Namun, lama-kelamaan Arash mula menunjukkan sikap ketegasannya disebabkan Adele semakin berani bertindak di luar kawalan.Dapatkah Arash mencairkan hati Adele yang keras seperti batu dan dingin seperti salju? Dapatkah Adele untuk menerima ajaran tersebut dengan hati yang terbuka?
All Rights Reserved
#184
wattpad
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • C | Obsessed Mafia: Tengku Carlind
  •  The Devil's 𝐓𝐫𝐞𝐚𝐬𝐮𝐫𝐞
  • Fath's Lily (SU-OG)
  • Mrs. Ariq Ayden
  • Mi Señora
  • NEXUS [SU]
  • KETAGIH
  • Mr. Secret Admirer [C]
  • 𝗚𝗛𝗢𝗦𝗧 𝗢𝗙 𝗗𝗘𝗖𝗘𝗜𝗧
  • SENDIRI [ BY F] [COMPLETE]

Tengku Carlind x Maisarah Amaliana "I love you, my wife." Kehidupan Maisarah tidak sama dengan kehidupan keluarga lain. Keluarga mereka tidak pernah menganggap Maisarah adalah sebahagian keluarganya. Pada ketika ini Maisarah di halau dari rumah oleh ibunya sendiri. Sudah 5 bulan Maisarah duduk di bawah jambatan. Tidak ada seorang pun yang mahu tolongnya. Pada suatu hari.... "Cik?" - Tengku Carlind "Saya minta maaf kalau kehadiran saya membuatkan keluarga encik tidak selesa." - Maisarah Amaliana Pertemuan yang tidak jangka membuatkan mereka berdua dalam satu ikatan. Maisarah dan juga Tengku Carlind saling mencintai. Tapi mereka tidak sedar bahawa.... "But why did you choose to keep all this a secret?"

More details
WpActionLinkContent Guidelines