KERANA DIA KAMU

KERANA DIA KAMU

  • WpView
    Reads 195
  • WpVote
    Votes 6
  • WpPart
    Parts 5
WpMetadataReadOngoing
WpMetadataNoticeLast published Fri, Oct 14, 2022
Selepas suaminya meninggal dunia, Aulia tidak pernah terfikir untuk berkahwin lagi. Fokusnya yang utama adalah membesarkan Anas, satu-satunya anak dia dan Idham. Namun setelah tempoh idahnya berakhir, Izwan datang melamarnya. Izwan ialah abang iparnya yakni abang kepada Idham. Walaupun sudah berkali-kali dia menolak, namun Izwan tetap menginginkannya. "Ada apa abang nak jumpa Lia? Kita dah tak ada apa-apa hubungan lagi, kan?" - Aulia "Kita masih boleh sambung balik hubungan kekeluargaan kita. Lia dah pertimbangkan cadangan abang hari tu?" - Izwan Melihatkan itu, Aulia terpaksa menggunakan rakan sekerjanya, Sufian, untuk mengelakkan diri daripada Izwan memandangkan ketika itu hanya Sufian yang dapat menolongnya. "Terima kasih, Pian! Maaflah terpaksa gunakan awak." - Aulia "Tak apa. Jalanlah dekat sikit. Barulah nampak macam kita ni betul-betul tengah bercinta." - Sufian Hari demi hari berlalu, Izwan tetap datang mengganggu Aulia di pejabatnya. Lantaran rasa tidak senang dengan keadaan itu, Sufian yang sememangnya pernah menaruh hati pada Aulia telah melamar Aulia untuk menjadi isterinya. "Kenapa tiba-tiba saja awak ajak saya kahwin pula?" - Aulia "Awak tak sudi ke?" - Sufian "Pian, kahwin ni bukan perkara main-main tau!" - Aulia "Ya, dan saya pun tak main-main. Saya serius nak kahwin dengan awak." - Aulia Aulia terkedu. Dia tidak mahu Sufian berkahwin dengannya semata-mata kerana Izwan ataupun orang lain. Tambahan pula, dia sudah serik untuk berkahwin lagi lantaran mempunyai sejarah buruk dengan keluarga mentuanya. Dan yang lebih utama, dia ingin setia dengan arwah suaminya sehingga akhir hayatnya. Seperti Izwan, Sufian juga menerima nasib yang sama. "Jawapan saya tetap sama macam yang pernah saya beritahu pada Izwan. Saya tak berminat." - Aulia Namun kedua-dua lelaki itu tidak mengalah. Berjayakah Izwan atau Sufian mencairkan hati Aulia yang keras itu?
All Rights Reserved
#1
bestseller
WpChevronRight
Join the largest storytelling communityGet personalized story recommendations, save your favourites to your library, and comment and vote to grow your community.
Illustration

You may also like

  • Antara Dia & Dia
  • BUKAN AKU YANG KAU CARI
  • SUMPAH CINTA
  • Give Your Little Heart
  • Pergilah Rindu (ON GOING)
  • Andaikan Cinta Itu Ada
  • Memoir Si Hati Kering
  • Sincerely Love ✔️

Tiada hari tanpa air mata.Hidupnya penuh pancaroba.Dipaksa oleh keadaan yang mendewasakan diri.Namun Alia pasti,selagi dirinya teguh percaya pada Sang Pencipta,hidupnya pasti akan baik-baik saja dipengakhirannya. "Antara dia dan dia" Yang mana satu akan menjadi penguat semangat dan pelengkap hidup Alia? Aniq,setiap kali bertemu pasti tercetus perbalahan antara mereka dan sudah tercatat dikamus hidupnya,Alia musuh ketatnya.Tapi kerana satu kejadian,Aniq mengucapkan janji bahawa Alia adalah amanah dan tanggungjawab yang akan dijaga sepenuh hati.Namun belum sempat janjinya dikotakan,dia pula menghilangkan diri tanpa berita.Alia sudah hilang kebergantungan hidup. Tetapi dengan takdir Tuhan,Alia dipertemukan dengan Aydan.Kerana salah faham,Aydan nekad menjadikan Alia sebagai isterinya.Bukan kerana cinta tapi kerana dendam.Hari demi hari Alia mulai penat.Terlepas dari perbuatan kejam ibu tirinya namun terseksa kembali oleh si suami yang tidak pernah memperlakukannya layak seorang isteri. Dalam keadaannya yang hampir berputus harap,Aniq kembali ingin mengotakan janji yang pernah diucapkan dulu.Aniq yang belum mengetahui status sebenar Alia,terus mengejar. Alia dihimpit dua pilihan. Antara Aniq yang kembali memberi semangat dan selalu menjadi zon selesanya atau Aydan dengan tingkahnya seolah-olah tiada pendamaian yang akan berlaku antara mereka berdua?

More details
WpActionLinkContent Guidelines