Sikap Ilyas yang selalu melindunginya sejak kecil membuatkan Eton jatuh sayang terhadap lelaki itu. Namun semuanya berubah sejak pemergiaan atok mereka. Dalam sekelip mata, Ilyas menjadi lelaki yang kejam.
"Siapa ni Yas?"
"Anak orang gaji aku."
Dari rasa sayang, terus bertukar kepada benci. Kalau orang dah tak sudi, tak perlulah nak terhegeh-hegeh. Bila Eton dah berjaya nak lupakan Ilyas, mimpi ngeri tiba-tiba muncul dalam hidup Eton.
"Tolong aku, Eton. Kahwin dengan aku."- Ilyas
Gila! Tak pasal-pasal dia dipaksa jadi isteri Ilyas selepas lelaki itu ditinggalkan tunang tercinta. Disebabkan tercabar dengan kata-kata hinaan mak long, dia terima lamaran Ilyas. Eton sangkakan hidupnya lebih teruk selepas bergelar isteri. Namun sebaliknya yang berlaku. Sikap Ilyas yang dulu muncul kembali. Tanpa sedar, rasa cinta terbit kembali di hati. Demi cita-cita Ilyas, Eton korbankan perasaannya agar lelaki itu berjaya.
"Janji yang abang akan cari Eton bila balik ke sini."- Eton
"Ya. Jangan gantikan tempat abang dengan sesiapa."- Ilyas
Dia sangkakan panas hingga ke petang. Rupanya tsunami pula yang muncul. Berita tentang perkahwinan Ilyas di luar negara menghancurkan perasaan Eton. Eton nekad tinggalkan kampung setelah dirinya diperbodohkan oleh lelaki itu. Bertahun terpisah, takdir menemukan mereka kembali. Yang menyakitkan hati, boleh pula Ilyas bekerja di tempat yang sama dengan perempuan sondol tu.
"Encik dah hilang ingatan ke? Isteri encik bukan saya."- Eton
"Abang kenal isteri abang. Nak abang buktikan?"- Ilyas
Sejauh mana dia melarikan diri, lelaki itu tetap muncul dalam hidupnya. Hinggalah satu rahsia terbongkar membuatkan Eton bingung.
"Bukan Eton aje yang jijik. Tapi abang! Abang sendiri malu dengan diri sendiri."- Ilyas
Benarkan Ilyas hanya mempergunakan Eton untuk berkahwin? Dan di antara Ilyas dan Eton, siapa yang paling menderita?
4th story 🤍
Haris Wafi - Perwatakannya jauh panggang daripada api dengan maksud namanya. Pelindung yang setia? Tidak. Itu bukan dia. Nak melindungi siapa? Wanita? Tak mungkin. Bagi dia wanita cumalah alat untuk dia bersuka ria. Yang setia? Jauh sekali. Dalam kamus hidupnya tidak pernah wujud perkataan setia.
Nur Nisrina - Maksud namanya sangat melambangkan perwatakan si pemilik nama. Cahaya sang mawar putih. Terdidik elok dengan didikan agama yang cukup menjadikan dia bagaikan sekuntum mawar putih yang tidak pernah ternoda. Yang sukar digapai oleh sesiapa.
"Tuan Haris, apa kata tuan bayar je denda tu.. Tuan kan banyak duit?" - Nur Nisrina
"Aku memanglah ada duit, kau ada duit ke?" - Haris Wafi
"Err, kalau saya pinjam dengan Tuan Haris, boleh ke?" - Nur Nisrina
"No!" - Haris Wafi
"Habis tu, takkan Tuan Haris nak kahwin dengan perempuan kampung macam saya?" - Nur Nisrina
"Why not?" - Haris Wafi
Haris dan Nisrina,
Mereka bagai langit dan bumi sehingga penyatuan mereka seolah-olah tidak masuk akal.
Bagi Haris, perkahwinan ini cumalah satu pampasan yang perlu dibayar kepada wanita itu.
Bagi Nisrina, perkahwinan ini adalah antara lipatan takdir yang Allah telah susun untuknya.
Pampasan apa yang perlu dibayar oleh Haris sehingga bayarannya adalah perkahwinan? Rahsia apa yang cuba disembunyikan daripada pengetahuan Nisrina?
Dalam pada Haris mencuba memperbaiki diri untuk menjadi pelindung yang setia, Nisrina menarik diri daripada menjadi sang mawar putih milik si jejaka.
"Tuan tak pernah layak untuk jadi pelindung saya.." - Nur Nisrina
"But you are my white roses.." - Haris Wafi