"Dia ada cakap juga lepas dia bercerai, dia nak get back together dengan abang balik." "Pundek." Iman mencarut selamba. Panas hati mendengar penjelasan Auji. "Pergi mampus sama dia." "Sebab itulah saya panggil abang ke sini. Ada sebab lain." Auji memandang Iman dengan takut-takut. "Sebenarnya saya ada satu proposition untuk abang." "I'm listening." "Um, saya tahu abang bengang dengan dia dan saya ada satu cara untuk balas dendam." Iman dikerling sekilas sebelum matanya tertancap semula pada kasut. Hatinya berdebar semacam. "Kita kahwin." Dengan keberanian yang datang entah dari mana, Auji ajak Iman kahwin. Atas sebab mahu membalas dendam, Iman setuju. Bagi Auji, perkahwinan antara dia dan Iman hanyalah jalan penyelesaian dari dikahwinkan dengan orang yang dia tak tahu. 'Baik kahwin dengan Abang Iman daripada kahwin dengan orang yang aku tak kenal.' Itu apa yang difikirkan Auji.