Tengku Zayn Michael : obsessive husband [new update]
17 parts Ongoing Book 1
"Dilindungi oleh aku, dimiliki oleh aku."
5 tahun lalu, Nurin Ariana diselamatkan oleh seorang lelaki yang tak pernah dia sangka akan mengikat hidupnya sampai hari ini - Tengku Zayn Michael. Lelaki dingin, tanpa perasaan, penuh rahsia... tapi satu-satunya yang melindunginya saat dunia membuang.
Kini, nama Ariana sedang diperkenalkan sebagai wanita kepada pewaris Michael Holdings. Namun, bukan semua orang menerima kehadirannya. Dalam diam, Ariana mula menjadi sasaran. Ancaman datang tanpa suara. Bahaya datang dari orang yang paling dekat. Satu demi satu langkah hidupnya kini dipenuhi perangkap yang tak kelihatan.
Rahsia lama keluarga. Dendam yang belum padam. Fitnah yang sengaja dipasang. Semua ini bukan kebetulan.
Ada yang mahu melihat Ariana jatuh. Ada yang mahu melihat dia hilang.
Di tengah semua kekeliruan itu, hanya satu perkara yang pasti.
Tengku Zayn Michael takkan biarkan dia disentuh sesiapa. Biar seluruh dunia musuh, Ariana tetap miliknya.
Tapi sampai bila Ariana mampu bertahan bila cinta yang melindunginya... juga cinta yang perlahan-lahan memenjarakan dirinya sendiri?
Dan bila kebenaran terbongkar, siapa sebenarnya yang menyimpan dendam... dan siapa yang benar-benar mahu dia hilang selama-lamanya?