11 Phần Đang tiếp diễn Aleshya Rose, sebut sahaja namanya, pasti warga di kelab tahu dan kenal orangnya. Memiliki wajah yang cantik bak bidadari, badan yang menjadi igauan para jejaka..Siapa sahaja yang tidak mahu bukan? Tetapi, satu sahaja.. dia bukan gadis yang seperti di luar sana. Bukan juga gadis yang patut dibuat isteri dan menantu. Siapa sahaja mahu gadis yang suka berfoya foya dengan dunia? Keluar tiap tiap malam dan berakhir dengan balik pada pukul dua ke tiga lebih. Mahu dibuat isteri? Jauh sekali.
Dia bukan seperti adik kembarnya, Hannan Rose yang bagus dari segi akhlak, agama, bertudung, baik budi pekerti, hormat orang tua, merendah diri dan yang paling penting sekali solat tidak pernah tinggal. Dia dengan Hannan? Jauh sekali walaupun Hannan itu kembar beza 7 minit darinya. Baginya, kelab malam adalah rumah keduanya selain rumah yang dihuni oleh ibu bapanya. Kebahagiaan yang berada di dalam kelab itu sungguh mengasyikkan. Kadang kadang, dirinya juga akan merempit bersama rakan rakan rempitnya.
Hidupnya betul betul bahagia sampaikan ibu bapanya mengambil tindakan untuk kahwinkan dirinya dengan anak kepada kawannya. Nonsense? Ya itu yang Aleshya Rose fikirkan. Siapa sahaja yang mahu berkahwin pada usia yang muda? Pada usia dua puluh dua tahun? Eyuks, kahwin ada lah perkara yang terakhir dia mahu lakukan, bertambah lagi dengan kahwin dengan orang luar.
Ei tak nak!
"Kau sanggup terima aku?" -Aleshya Rose
"Ya, saya sanggup." Furqan Haqiem
"Walaupun aku ni bekas orang?" Aleshya Rose
---
nanos5