Novel Kelima Rahsia Hana 🍁 Hana Irdina bukan gadis biasa. Dalam dunianya yang eksklusif, dia punya segalanya kecantikan, kejayaan dan kebebasan. Namun, di sebalik wajah tenang dan senyum yakin itu, tersembunyi satu rahsia yang memenjara jiwanya. Baginya, cinta itu hanya membuka ruang untuk luka. Dan perkahwinan? Bukan untuk orang sepertinya. Emir Harraz pula membawa duka yang berbeza. Kematian isteri yang amat dicintainya menjadikan dia seorang lelaki yang tertutup hatinya. Dunia cinta telah dia tinggalkan...Tapi mak mertua nak dia kahwin dengan kembar arwah isterinya tapi emir menolak kerana dia belum bersedia sehinggalah dia bertemu gadis yang membuatkan jiwanya kembali bernyawa. Satu cabaran gila di majlis reunion UKM. Hana dicabar untuk menawan hati duda hot yang katanya 'imun pada cinta'. Niatnya hanya untuk berseronok. Tapi pertemuan yang sepatutnya hanya main-main telah menggoncang hati dua jiwa yang pernah patah. Bila Emir melamar dengan penuh harapan, Hana terperangkap antara rahsia silam dan perasaan yang tak sepatutnya wujud. Sanggupkah Hana melukai hati yang ikhlas... hanya kerana takut menerima cinta? Dan jika kebenaran terbongkar, adakah Emir masih mahu menjadikan dia isteri... atau sekadar kenangan? ⛔Plagiat tak dibenarkan⛔ ⛔Semua dalam cerita ini adalah rekaan semata-mata.
Più dettagli